Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona yang kini sedang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hampir Hempas Anak Dekat Dinding, Rasa Badan Menggeletar’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: Tinggal Komen Biadab Nak ‘Pinjam’ Leona, Individu Mohon Maaf & Sedia Bersemuka Dengan Azhar Sulaiman
Rindu seorang ayah
Menerusi perkongsian di TikTok, Azhar memuat naik video Leona sedang mengemas bilik dan memasak.
Namun pada ruangan kapsyen video tersebut, pelakon berusia 52 tahun itu menyatakan kerinduan terhadap puterinya dan berharap agar dia dapat pulang ke Malaysia semasa Ramadan nanti.
Leona, daddy rindukan awak. Nanti bulan Ramadan balik okay. Banyak lagi bazar Ramadan nak explore.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat anak beranak itu namun geli hati dengan pemilihan lagu pada video tersebut.
Azhar menggunakan lagu parodi berjudul Malaikat yang asalnya pernah dipopularkan oleh Hazama.
Daddy masuk air.
Azhar rindu Leona tu tapi kenapa pakai lagu tu.
Aduhai, daddy pun apa la reaksi Leona tengok ni.
Sekitar tahun lalu, Leona sanggup pulang ke tanah air semata-mata untuk ke bazar Ramadan dan menaiki motosikal.
Sekadar info, pada tahun 2022, Leona telah terbang ke London, United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti.
Untuk rekod, Azhar dan isteri, Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
@theazharsulaiman Leona Daddy Miss You….. Come Home for Ramadhan Ok….. More Bazaar Ramadhan To Explorizationsss…..
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman