berita

Azhar Sulaiman Bidas Komen Sharnaaz Ahmad – ‘Berani Betul You Kondem & Rendahkan Intelektual I Ya’

October 30th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Azhar Sulaiman menerima kecaman teruk di Instagram selepas memuat naik hantaran yang mempertikai strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.

Pendapat yang dikeluarkan itu bukan sahaja tidak dipersetujui wargamaya malah rakan artis, Sharnaaz turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan Azhar itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mamu Lawan Dengan ‘Scalper’, Alhamdulillah Mamu Menang!’

Sharnaaz hilang hormat

Sharnaaz Selar Azhar Sulaiman

Menerusi ruangan komen, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil mendedahkan dia sering memerhatikan gaya penulisan yang disampaikan Azhar dan sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Apa maksud abang? Saya perhati setiap mesej abang. Mereka (Hamas) berjuang untuk agama. Kita tekan telefon dan menilai strategi mereka? Saya cukup hormati abang dan akan selalu begitu.

Tetapi tolong beri sokongan dan doa, itu pun dah cukup. Apa maksud abang fakta bahawa Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai dalam hayat ini? Macam mana abang tahu? Percayalah sebab kita tak tahu pengakhiran kita.

Sharnaaz Selar Azhar Sulaiman

Tambah Sharnaaz lagi, pendapat yang dibuat oleh Azhar itu menunjukkan seolah-olah dirinya tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan ‘budak-budak TikTok’.

Cara abang cakap seolah-olah menyalahkan Hamas. Apa dah jadi dengan abang? Bunyi macam ‘budak-budak Tik Tok. Abang seorang yang bijak dan terpelajat. Jadilah seorang Muslim dan pertahankan hak orang Islam.

Di akhir komennya itu, Sharnaaz turut mendedahkan bahawa dia sudah mula hilang rasa hormat terhadap pelakon seniornya itu.

Azhar tampil respon

Tidak berdiam diri, Azhar tampil memberikan respon terhadap komen yang dilemparkan Sharnaaz ke atasnya.

Menurut bekas finalis Hero Remaja itu, pandangan yang dibuatnya adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya dan berpendapat perang yang berlaku merupakan satu lagi episod peperangan panjang yang bakal menimpa masyarakat di Palestin.

Perang kali ini is just another episodes of a long series of war between them. Saya dah ikuti siri perang ini sejak kecil lagi dengan segala info yang saya dapat dari Palestin.

Saya mempersoalkan strategi mereka dengan serangan kali ini. Kita jangan lupa orang-orang di sekililing kita bila kita buat sesuatu ke jalan Allah dan fikir diri kita sendiri.

Im sticking to my opinion on this matter.

Sharnaaz Selar Azhar Sulaiman

Dalam pada itu, Azhar turut menegur Sharnaaz yang dilihat seakan mempertikai serta merendahkan tahap intelektualnya.

Oh ya Sharnaaz, berani betul awak kondem dan merendahkan intelektual saya, terima kasih bro.

Terdahulu, Azhar membuat satu hantaran memberikan pendapatnya mengenai isu pergolakan yang berlaku di Palestin di Instagram.

Menurut Azhar, ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu kerana telah menyebabkan kematian ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Posting Azhar Sulaiman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×