Penyanyi Azharina mendedahkan dia pernah terkena sihir sehingga mengalami muntah berdarah yang teruk bersama segumpal rambut keluar dari mulutnya.
Artikel Berkaitan: ’20 Tahun Kami Jadi Sahabat Ketawa & Menangis’ – Pemergian Siti Sarah Sentuh Emosi Azharina
Artikel Berkaitan: GV Kembali Dengan Edisi All Stars, 10 Juara Bakal Berentap Semula!
Muntah darah & rambut
Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata kejadian tersebut berlaku sehari sebelum konsert final Gegar Vaganza 3 yang disertainya pada tahun 2016.
Saya tidak pernah kongsikan perkara ini di mana-mana. Jujur saya cakap malam sehari sebelum final GV3, balik daripada raptai penuh saya muntah darah, segumpal rambut keluar daripada mulut saya.
Doktor dan pekerja saya sebagai saksi menyaksikan adegan Ju-On yang saya sendiri tak pernah percaya wujud di dunia.
Kemudian jam tiga pagi doktor datang masukkan dribp air dalam badan, sebab saya muntah darah. Doktor pun tak tahu sebab apa puncanya.
Azharina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di DADI Cinema, pada Selasa.
Sementara itu, disoal adakah dia tidak berasa takut sekiranya kejadian sama berulang lagi dalam All Stars Gegar Vaganza yang bakal disertainya, Azharina menjawab dia percaya kepada kuasa Allah S.W.T
Bagi saya, manusia bukannya satu-satu makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini. Ada makhluk lain, jika ada manusia yang berbuat demikian, maknanya tidak percaya diri dan tidak percaya pada bakat yang diberikan.
Semua orang akan rasa takut, tapi dengan bakat yang saya ada, saya akan tunjukkan pada semua. Saya mahu mencari rezeki yang halal untuk besarkan anak-anak saya. Saya percaya dengan takdir dan kuasa Allah S.W.T.