berita

Video : B.O.B & Priscilla Berduet Nyanyi Lagu Khas Untuk Si Penagih Tegar

March 13th, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-03-13 at 3.40.12 PM

Masih ingat tak lagi anda kepada pelantun lagu ‘Nothin’ On You’ yang pernah menduduki tangga pertama di carta Amerika Syarikat dan United Kingdom pada tahun 2010 ini?

B.O.B yang kemudiannya meneruskan kegemilangannya dalam industri muzik menerusi lagu ‘Airplanes’ ini kini telah mengeluarkan album terbaru, Undergroud Luxury.

Menariknya, penyanyi yang berusia 25 tahun ini telah berduet bersama Priscilla untuk menyanyikan sebuah lagu khas untuk para penagih tegar yang diberi judul John Doe.

Screen Shot 2014-03-13 at 3.38.25 PM

Antara babak dalam video klip John Doe

Jalan cerita video klip rasmi lagu yang telah ditonton lebih 1 juta orang itu memaparkan kisah hidup seorang wanita ketagih dadah dan minuman keras sehingga akhirnya memusnahkan hidupnya sendiri.

Mesti anda tertanya-tanya mengapa lagu ini berjudul ‘John Doe’ bukan? Menerusi sebuah komen peminat di laman Youtube, John Doe merupakan gelaran yang akan diberikan kepada mayat yang tidak dapat dikenalpasti.

Screen Shot 2014-03-13 at 3.20.58 PM

Betul kah dakwaan tersebut? Apapun mari kita tonton video klip tersebut dan ambil iktibar daripada mesej yang ingin disampaikan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×