berita

[VIDEO] ‘Baby Nayla Senyap Macam Ni’ – Ayda Jebat Syukur Anak Kembali Okay Selepas Peristiwa ‘Seram’ Check-In Hotel

March 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, penyanyi, Ayda Jebat berkongsi pengalaman yang menakutkan di Instagram Stories apabila anaknya Nayla menangis di saat mereka sekeluarga menginap di sebuah hotel yang terletak di ibu negara. Menurut Ayda, tangisan anaknya itu berterusan sehinggakan suaminya, Nabil Mahir terpaksa melaungkan azan namun tidak berkesan.

Artikel berkaitan: Anak Nangis Tak Henti, Ibu Ayda Jebat Nampak Lembaga Merangkak Dalam Bilik Hotel – ‘Orang Tua Kata Mata Budak Kecil Boleh Nampak’

Terbaru, Ayda memuat naik sebuah video mengenai keadaan terkini anaknya selepas peristiwa menakutkan itu.

Selepas malam kejadiaan

Selepas malam kejadian di hotel yang buat Baby menangis meraung ketakutan, Baby senyap like this but slowly okay after that. Alhamdulillah she’s okay now. Terima kasih atas doa uncles and aunties & juga share pengalaman yang pernah baby uncles and aunties alami.

Menurut Ayda, anaknya seakan masih ‘trauma’ selepas peristiwa menakutkan itu namun sudah beransur pulih dan menunjukkan perubahan yang baik. Ayda berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya dan berkongsi pengalaman yang sama dengannya.

Sorry tak pakai carseat this time, please dont tiru this ya not good for the baby safety but masa ni Baby taknak and I feels like wanna hug Baby. Dia masih trauma masa ni. I’ll update keadaan Baby sekarang late.

Ujar Ayda, semasa video tersebut dirakam anaknya itu masih trauma. Berikutan daripada itu, Ayda mengambil langkah untuk memeluk anaknya sepanjang perjalanan pulang.

Sumber: Nayla

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×