Suasana di Christchurch, New Zealand hari ini sayu dengan kehadiran orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa serangan pengganas. Tambah memilukan apabila segenap penduduk tanpa mengira agama dan bangsa turut hadir ke upacara tersebut.
Pengguna Facebook, Mohd Shahrizan kongsi rakaman video ketika menghadiri acara penghormatan tersebut.
Bacaan Al-Quran oleh pelajar Malaysia
https://www.facebook.com/ari.shah2/videos/10210939933253392/
Video berdurasi 1:28 ini telah dirakam Mohd Shahrizan ketika menghadiri upacara penghormatan mangsa tembakan di masjid, tempoh hari. Difahamkan bacaan Al-Quran itu dibaca oleh salah seorang pelajar Malaysia dari Pasir Mas Salor yang kini menuntut di University of Christchurch, New Zealand.
Laungan azan di Christchurch
https://www.facebook.com/MohammedAbbasi/posts/2098634506851574?__xts__[0]=68.ARBmiQTg88flu1d1JlOHp0w1MGBYwD57oZpRPy4nzD7hCHtMhIUXZODx5EQ3wy_sxIJLB-OjIZNpw3L_TCyA2MCzgSj4ro7Rh23FTrn9kgWmAEnGxPDk-rCYoMjPOYhmkL0cwHcmEdXIvbljJnOWJUqWYge3DNCuF5QsE7VN8QAVUONax0i8-AVXk7LPg8EB9TM42hgWqB7lsOT0pn1VM_z4Bki_&__tn__=C-R
Mohammed Abbasi berkongsi video azan yang dilaungkan di Canterbury Christchurch University disaksikan penduduk Christchurch termasuk pelajar universiti.
Indah bacaannya
Sumber: Mohd Shahrizan, Mohammed Abbasi