Pelakon, Badrul Muhayat mendedahkan bahawa kehidupannya banyak menunjukkan perubahan selepas hampir enam bulan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Norhayati Zulkaply.
Artikel Berkaitan: Badrul Muhayat Dah Pulangkan Anak-Anak, Bekas Isteri Nak Segerakan Tuntutan Hak Penjagaan – ‘Saya Betul-Betul Fobia, Jantung Rasa Nak Pecah’
Berat badan makin naik
Ketika ditemui OhBulan!, Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani berkata antara perubahan yang dirasai ialah berat badannya boleh dikatakan naik mendadak selepas berkahwin.
Saya rasa, I am getting better. Bila dah ada isteri ni, kehidupan kita lain. Makanan dah terhidang, pakaian dah tersedia.
Dan kalau nak tahu sebelum ni saya memang kurus sangat tapi lepas kahwin berat badan saya terus naik. Selepas kahwin ni juga kita dah mula ada kawan.
Kalau dulu masa saya membujang saya duduk seorang, setiap minggu adik saya pasti akan datang jenguk nak pastikan saya dalam keadaan okay atau pun tidak. Ibu saya pun selalu telefon dan anak-anak pun jauh dari saya.
Jadi bila dah ada isteri ni, saya boleh bercinta, bergaduh dan berkasih sayang dengan dia. Dia kira kawan yang paling rapat buat saya ketika ini.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon berusia 55 tahun itu ketika ditemui OhBulan! pada malam gala dan tayangan perdana filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang diadakan di TGV Aeon AU2, Keramat pada Jumaat malam.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai detik perkenalan dengan isteri, pelakon drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ ini memberitahu mereka berkenalan disebabkan oleh kopi.
Sebenarnya saya kenal isteri saya pasal kopi. Waktu itu jiran saya dia syorkan saya satu kopi ni ketika saya sedang menjalani penggambaran drama untuk TV3.
Bila jiran saya bagi, saya terus suka tau dengan kopi tu dan kebetulan pula isteri saya merupakan salah seorang pengedar kopi tersebut. Dari situlah kita mula berkawan.
Kita pula dah berumur kan, dalam masa lebih kurang sebulan sahaja rasanya kami berkenalan, terus kami buat keputusan untuk bernikah.
Rancang buat resepsi
Sementara itu, bapa kepada dua orang anak merancang untuk membuat majlis resepsi dalam masa terdekat.
Resepsi kami akan buat tapi belum tahu lagi. Sebenarnya saya ni agak sibuk dengan penggambaran, event dan sebagainya.
Tarikh untuk majlis masih dalam perbincangan lagi sebab pada asalnya, kami rancang nak buat pada bulan September yang lalu kemudiannya tertangguh nak buat pula bulan Oktober tetapi masih belum ada waktu.
Insya-Allah mungkin dalam masa terdekat ni mana tahu mungkin dalam bulan Disember nanti ke kan?
Tapi kami buat kecil-kecilan sahaja sebab kami pun dah berumur.
Sekadar info, Badrul telah pun mendirikan rumah tangganya bersama Norhayati pada 18 April 2023 yang lalu.
Untuk rekod, Badrul pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali sebelum namun sayang jodohnya itu tidak berpanjangan dan terputus di tengah jalan.
Hasil perkahwinan tersebut, Badrul dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Delisha, 16 dan Badrul Hidayat, 13, yang kini menetap bersama bekas isterinya, Julia Daud.