Baru-baru ini, menerusi hantaran di Facebook, bekas isteri kepada Badrul Muhayat iaitu Julia Daud mendedahkan pelakon itu telah melarikan anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: Ada Kesan Umpil Dekat Pintu Rumah, Bekas Isteri Dakwa Pelakon Bawa Lari Anak-Anak – ‘Habis Semua Pakaian & Buku Sekolah Dia Angkut’
Kedua-dua anak kini berada dengan saya
Ketika dihubungi, Julia menarik nafas lega dan bersyukur selepas kedua-dua anaknya, Nur Delisha, 14 dan Badrul Hidayat, 11, telah kembali ke pangkuannya, lewat malam tadi.
Menurut Julia, pihak berkuasa memaklumkan Badrul telah memulangkan dua cahaya matanya itu di Balai Polis Muallim, Slim River, Perak.
Syukur Alhamdulillah kedua-dua anak saya kini berada dengan saya. Malam tadi dia (Badrul) telah menghantar anak saya di balai polis Muallim selepas saya memberikan nombor telefon bekas suami saya kepada pegawai penyiasat. Keterangan sudah diambil daripadanya tapi saya tak tahu apa.
Untuk langkah seterusnya saya sudah memaklumkan kepada peguam saya mengenai kehilangan anak-anak tempoh hari dan saya diminta membuka fail untuk hak penjagaan anak sementara dan kekal, namun proses itu akan bermula pada tahun depan.
Saya rasa memang patut saya buat tuntutan hak penjagaan anak dengan segera agar perkara begini tak berulang lagi.
Jantung rasa nak pecah
Bercerita perasaan yang dirasai, Julia akui berasa trauma dengan kejadian yang menimpa yang telah membuatkan dia langsung tidak boleh tidur.
Tegasnya, dia tidak menokok tambah cerita dengan apa yang terjadi malah mempunyai bukti-bukti kukuh.
Saya betul-betul fobia bila anak yang selama ini saya jaga dilarikan… Sangat-sangat trauma! Bagai satu tamparan yang kuat bagi saya. Jantung rasa nak pecah dan dah dua hari saya tak tidur.
Saya difahamkan dia tidak mengaku melakukannya (umpil pintu rumah), dia kata dia difitnah. Tapi apa dalam laporan saya sebelum ini, itulah yang terjadi. Saya tak tokok tambah cerita.
Semua bukti bergambar saya ada dan jiran-jiran pun ada memaklumkan apabila mereka mendengar bunyi gerudi pada waktu malam. Mereka pada mulanya tak syak orang lain, ingatkan saya yang balik rumah.
Dalam pada itu, Julia menyatakan dia tidak pernah sekali pun menghalang Badrul untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Kali terakhir mereka berjumpa ketika sebelum cuti sekolah sebelum ini, tiga minggu dia (Badrul) ambil anak-anak. Alasan sama juga dipakai, katanya mak dia nak jumpa anak-anak sebab sekarang tengah tak sihat.
Saya tak pernah halang pun, dia datang ikut suka dia tak ada siapa pun tegah. Kami siap jemput dia masuk rumah bagi makan dan minum lagi.
Tapi tiba-tiba dia buat perangai selepas saya buat tuntutan nafkah baru-baru ini.