berita

[VIDEO] Bagi Budak 3 Tahun Minum Arak, Rakam Video Terhuyung Hayang, Dua Lelaki Ditahan

August 26th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai diberi minum minuman beralkohol oleh dua lelaki berusia 20 dan 19 tahun. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Luwu Timur, Jakarta itu mengakibatkan dua lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa.

Aksi mangsa dirakam

Melalui satu video yang viral dikongsikan Kompas, kelihatan seorang lelaki menuang minuman beralkohol ke dalam gelas sebelum diteguk oleh kanak-kanak tersebut. Lelaki itu yang kemudiannya menyuruh kanak-kanak itu berjalan sebelum merakam aksinya yang berjalan terhuyung-hayang. Kelihatan kanak-kanak tersebut juga terjatuh beberapa kali dan kepala terhantuk pada timbunan kayu. Perkara itu dijadikan bahan jenaka oleh si pelaku.

Mereka merupakan penganggur

Pemeriksaan ini untuk mengetahui kesan mangsa meminum arak sementara mangsa masih kecil, berusia tiga tahun. Pemeriksaan juga dilakukan berikutan mangsa terjatuh dan kepala terhantuk pada kayu

Menurut Ketua Polis Luwu Timur, AKBP Indratmoko, kedua-dua pelaku itu mengaku bersalah atas perbuatan setelah ditahan dan mereka masih dalam siasatan. Sementara itu kanak-kanak berkenaan dibawa ke hospital bagi melalui pemeriksaan kesihatan. Kanak-kanak mangsa itu ditemani oleh ibu bapanya dan petugas Pusat Perkhidmatan Bersepadu untuk Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Anak Kabupaten Luwu Timur.

Kedua-dua pelaku boleh dihukum dua hingga ke 10 tahun penjara jika disabit kesalahan. Mereka juga berdepan dakwaan melakukan kekerasan ke atas kanak-kanak. Mereka berdua bakal disiasat di bawah undang-undang maklumat dan transaksi elektronik Indonesia.

Sumber : Kompas

SKIP THIS AD ×