berita

[VIDEO] ‘Bahaya Ni!’ – Viral Video Bayi Merangkak Atas Jalan Undang Kerisauan Netizen

September 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menjaga seorang bayi bukanlah perkara yang mudah buat mana-mana ibu bapa. Di usia yang terlalu kecil inilah ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap bayi dan mengelak dari bersikap cuai agar tiada kemalangan jiwa berlaku terhadap bayi mereka.

Namun baru-baru ini, viral di Facebook apabila seorang bayi dilihat merangkak hingga ke luar rumah tanpa kelihatan kelibat ibu bapanya di situ. Bahayanya!

Merangkak ke tengah jalan

Video berdurasi kurang 0:10 saat yang dimuat naik pengguna Facebook Norliza Nordin itu memperlihatkan bayi tersebut sedang dalam keadaan merangkak di atas jalan.

Dipecayai berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur, mujurlah sebuah kereta yang sedang melalui kawasan itu sempat memberhentikan kenderaannya ketika melihat bayi itu melintas di hadapan.

Netizen risau

Video yang turut dikongsikan Norliza ke dalam group Gabungan Anak Terengganu ini juga ternyata telah mengundang kerisauan dalam kalangan netizen terhadap bayi itu.

Malah, ada juga yang mengecam kecuaian ibu bapa kepada bayi itu yang dianggap tidak peka dengan keselamatan anaknya sehingga boleh merangkak hingga ke luar rumah.

Sumber: Facebook Gabungan Anak Terengganu

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×