Bangunan pencakar langit setinggi 35 tingkat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berhampiran dengan Burj Khalifa terbakar awal pagi semalam.
Artikel Berkaitan: Wajah Shah Rukh Khan Terpampang Di Burj Khalifa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bintang Youtube Arab Bayar RM540k Umum Jantina Anak Di Bangunan Tertinggi Dunia
Api sambar setiap lantai blok pangsapuri
Difahamkan sebuah blok pangsapuri yang terletak berdekatan dengan menara pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa telah terbakar. Menerusi rakaman di lokasi kejadian, api dilihat menyambar setiap tingkat bangunan terbabit bersama ratusan serpihan bangunan jatuh ke tanah.
Menurut laporan, blok pangsapuri berkenaan adalah sebahagian daripada siri menara yang dipanggil 8 Boulevard Walk oleh Emaar, sebuah syarikat pemaju hartanah yang diiktiraf oleh kerajaan di negara itu. Berikutan daripada itu, kesan hangus hitam akibat kebakaran dapat dilihat menutupi sebahagian daripada bangunan siri menara itu setelah api berjaya dipadamkan.
Turut difahamkan, kebakaran tersebut berlaku kira-kira jam 2.20 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dipadamkan pada jam 3.45 pagi. Bagaimanapun, pihak berkuasa Dubai masih belum mengesahkan sama ada terdapat mana-mana individu yang cedera dalam kebakaran itu.
Di samping itu, beberapa siri kebakaran yang berlaku pada bangunan pencakar langit dalam beberapa tahun ini termasuklah Address Downtown, salah satu hotel dan kediaman paling mewah di Dubai telah mencetuskan persoalan mengenai keselamatan bahan yang digunakan dalam pembinaan.
Video
#Dubai Skyscraper Fire: A massive fire broke out at a skyscraper, Emaar tower, near #BurjKhalifa.
As per reports, there have been no casualties & the fire has been doused | WATCH pic.twitter.com/ILhgoFub0Z
— Mirror Now (@MirrorNow) November 7, 2022
Sumber: TimesNow