Pelakon terkenal Indonesia, Nikita Willy berkongsi tentang pengorbanan ibunya ketika keluarga diuji dengan masalah kewangan.
Artikel Berkaitan: Tak Nak Jumpa Ramai Orang, Nikita Willy Pilih Bersalin Di Amerika Syarikat
Artikel Berkaitan: Kurang Tidur & Tidak Sempat Bersolek, Nikita Willy Akui ‘Postpartum’ Sukar
Tak cukup duit
Menerusi temu bual program Curhat Bang Denny Sumargo di platform YouTube, Nikita berkata keluarganya pernah jatuh bankrap.
Ketika itu ayah saya jatuh bankrap dan kami tak punya duit yang cukup. Saya sendiri tidak tahu berapa sebenarnya duit yang tinggal.
Lebih menyayat hati, demi memenuhi keinginan seorang anak, ibu aktres ini pernah menggadaikan cincin semata-mata untuk membeli ayam goreng untuknya.
Saya beritahu ibu saya nak sangat ayam goreng, ketika itu saya sedang menghadiri uji bakat. Ibu saya menyuruh saya untuk teruskan uji bakat sambil itu dia pergi beli ayam goreng.
Saya baru tahu, rupa-rupanya dia menjual cincin untuk beli ayam goreng itu untuk saya.
Dalam pada itu, Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy berkongsi ketika berusia 18 tahun dia mahu tinggal berasingan, namun setelah dewasa dia merindui momen bersama keluarga.
Apabila saya sudah berkahwin dan tidak tinggal sekali dengan ibu, baru saya sedar saya tidak sepatutnya tinggalkan rumah ketika usia remaja.
Sekarang apabila sudah menjadi ibu baru saya tahu betapa susahnya pengorbanan seorang ibu.
Untuk info, aktres berusia 29 tahun itu berkahwin dengan ahli perniagaan tersohor iaitu Indra Priawan Djokosoetono pada 16 Oktober 2020 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun.
@indahfqog7s #nikitawilly #nikita #curhatbangdennysumargo #foryou #xzybca? #fyp #fyp?
Sumber: TikTok