berita

[VIDEO] Bapa Dakwa Anak Meninggal Dunia Ketika Dirawat, Pihak HTAR Sedang Siasat

July 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu, tularnya mengenai kejadian melibatkan seorang kanak-kanak bernama Dhea Maisarah yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Terbaharu, bapa kepada arwah Dhea, yang dikenali sebagai Encik Bada tampil menjelaskan apa yang terjadi.

Artikel Berkaitan: Lumpuh Akibat Kecuaian Hospital, Budak Dua Tahun Menang Saman RM5.6 Juta

Tunggu hampir satu jam

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @daddy_syifaaa, Bada menjelaskan dia menerima panggilan telefon dari isterinya mengenai keadaan kesihatan Dhea yang sedikit merudum.

Sebenarnya begini pada 9 haribulan (Julai) iaitu pada hari Ahad, lebih kurang pukul 9 malam isteri saya telefon.

‘Bang, datang ke rumah bang, balik cepat bang’. Saya masa tu dekat pasar raya, ‘Balik cepat, adik Maisarah ni dia macam tak berapa elok sikitlah, dia ada masalah nafas sikit, macam semput sikit, abang balik ya’.

Dia yang tiba di rumah terus memandikan anaknya itu dan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sampainya mereka di sana, Bada mendakwa dia perlu menunggu selama lebih kurang 45 minit di ruangan menunggu sebelum diminta untuk ke zon kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan.

Sampai di sana (zon kanak-kanak), saya menunggu lagi dalam 20 minit macam tu, lama juga.

Sampai sahaja giliran anak saya, mula-mula mereka periksalah degupan jantung tu, mereka tengok dia (Dhea) punya tahap oksigen dalam darah dia.

Di situ mereka mula kelam kabut sebab oksigen dalam darah dia tak cukup. Mula-mula saya tengok tu tahap oksigen dia (Dhea) menurun jadi 90, 80, 70 macam tu.

‘Anak saya fobia dengan jarum’

Dakwanya, pihak hospital terus meletakkan anaknya di atas katil bagi memberikan rawatan susulan selepas tahap oksigen menurun.

Masa itu mereka ada juga berikan alat bantuan pernafasan tu selepas itu mereka cuba ambil darah. Anak saya ni dia ada fobia sikit dengan jarum.

Akibatnya dia meronta-ronta macam tu dia pun diikat. Dahlah diikat, dia diserkap lagi, dipegang lagi semata-mata untuk mendapatkan darah.

Anak saya meronta-ronta terus dan meminta tolong daripada saya, ‘Ayah tolong lepaskan saya’. Sehingga seorang doktor tu menyampuk dia kata, ‘Kalau kamu bekerjasama kami tak akan buat macam tu’.

Patut ke seorang doktor boleh cakap macam tu?

Selepas terus dipaksa pihak hospital untuk mengambil darah, dia mendakwa degupan jantung anaknya sudah pun terhenti disebabkan oleh pergelutan yang berlaku.

Bada turut mendakwa dia dipaksa keluar oleh doktor dari bilik rawatan berkenaan namun, tetap berkeras untuk masuk semula ke dalam bilik tersebut bagi melihat keadaan anaknya.

Naluri seorang ayah tu tak boleh membiarkan itu semua, saya masuk balik (ke bilik rawatan) sebab saya tahu segalanya.

Saya tengok monitor, anak saya memang dah tak ada (meninggal dunia).

Namun, apa yang memeranjatkan Bada ialah anaknya itu tidak disahkan meninggal dunia sebaliknya mendakwa pihak hospital hanya mengesahkan berada dalam keadaan kritikal.

Dia kemudiannya mendakwa pihak hospital telah bertindak membuat laporan palsu mengatakan anaknya sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) sewaktu dibawa ke hospital.

Pihak HTAR sedang siasat

Dalam pada itu, pihak HTAR memaklumkan bahawa mereka ketika ini sedang melakukan siasatan terperinci mengenaik kematian Dhea yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut baru-baru ini.

Pesakit (kanak-kanak itu) hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu dalam keadaan lemah dan telah diberikan rawatan sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan.

Namun, pesakit tidak dapat diselamatkan. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya akan merujuk kepada video tular di aplikasi TikTok berhubung kematian kanak-kanak berusia 10 tahun berkenaan.

Luahan bapa Dhea Maisarah

@daddy_syifaa PART 1 : Perkongsian En. Bada mengenai kejadian pada hari Ahad 9 Julai 2023 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Disclaimer: perkongsian peribadi En. Bada selaku bapa arwah adik Dea Maisarah ini berdasarkan kejadian yang berlaku di hari kejadian dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak melainkan ia luahan hati seorang bapa. KLIK LINK PROFILE SAYA UNTUK BANTU EN. BADA MENDAPATKAN KEADILAN DI ATAS KEMATIAN ANAKNYA. #Justice4DeaMaisarah #YYCC #JusticePeaceHumanity ? Doaku_untukmu_sayang_ – Nana

Sumber: TikTok, Facebook

SKIP THIS AD ×