Saat ini, sedang berlangsung majlis graduasi di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kebiasaannya majlis ini disambut dengan penuh gilang-gemilang. Mana taknya, segala penat lelah akhirnya terbayar pada majlis tersebut.
Namun menerusi Twitter, seorang remaja Dzarah, berkongsi momen sedih apabila bapanya menaiki pentas bagi menerima skrol milik arwah adiknya yang telah meninggal dunia. Suasana sebak menyelubungi dewan konvokesyen tersebut. Rata-rata netizen turut dapat rasa kesedihan dan kerinduan yang dilalui.
Hilang anak kesayangan dalam sekelip mata
My dad tried his best to be strong but deep inside his heart, i know how sad and heart broken he is :'). He lost his little girl in a blink of an eye. We miss her so much and we want you to know that we are so proud of you, our little angel, Allahyarhamah Aina Fatin Ajwa ? pic.twitter.com/LPlJcSiDiK
— Dzarah's (@dzarahnafisah) October 16, 2019
Video tersebut memaparkan bapanya menaiki pentas konvokesyen bagi menjadi wakil penerima skrol milik adiknya. Suasana sedih apabila si bapa mengesat air mata yang berguguran sebelum menerima skrol. Ditambah lagi dengan iringan lagu sedih, semua pengunjung di dalam dewan turut rasa sebak.
Al-fatihah
Majlis graduasi jadi sesedih ini
Semoga syurga buat arwah
Sumber: Dzarah