berita

[VIDEO] Bapa Tak Sengaja Rakam Kelibat Lembaga Berambut Panjang Tanpa Muka

July 7th, 2020 | by AnisAffandi
Video Popular

Di Taipei, Taiwan seorang bapa mendedahkan dia melihat kelibat lembaga menyerupai seorang wanita di dalam video lama yang dirakam pada tahun 2017. Tergamam melihat kelibat tersebut, bapa tidak menolak anggapan bahawa dia secara tidak sengaja merakam roh budak yang baru sahaja meninggal dunia.

Nampak kelibat ganjil


Bapa yang hanya dikenali sebagai Mr Huang, merakamkan aksi anak perempuannya yang sedang asyik menyanyi dan menari ketika berkunjung ke rumah mertuanya pada tahun 2017.

Apabila memerhatikan video itu dengan teliti, telah muncul satu kelibat ganjil di belakang anak perempuannya yang berbentuk seperti lembaga.

Dalam video berdurasi 0: 11 saat itu menunjukkan lembaga berambut panjang tanpa muka seperti sedang duduk di atas meja. Lembaga kelihatan seperti seorang wanita tersebut sedang merenung tajam anaknya yang lincah menari.

Rambut panjang, tanpa muka

Lebih seram lagi, selepas penemuan itu, Huang mendapat tahu pada hari video dirakam, anak perempuan jiran mertuanya baru sahaja dikebumikan.

Media tempatan dimaklumkan bahawa Huang yakin hanya dia bersama anaknya sahaja yang ada di dalam bilik ketika video itu dirakam. Ada segelintir netizen menuduh Huang memalsukan video tersebut.

Walaubagaimanapun, media Taiwan menyatakan bahawa video itu tidak mungkin disunting kerana bingkainya yang agak bergoyang. Huang berkata dia hanya ingin berkongsi tentang kemungkinan dia telah merakam kehadiran roh dan hanya ingin anaknya membesar dengan tenang.

Sumber : mirror.co.uk

SKIP THIS AD ×