Selepas tiga hari menamatkan tempoh berpantang, seorang wanita terpaksa akur dan cekal selepas suami tersayang dijemput oleh Sang Pencipta buat selama-lamanya. Kisah undang sebak ini telah dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 10 Tahun Menanti Zuriat, Suami Meninggal Bantu Mangsa Banjir Tak ‘Sempat’ Tengok Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…
Artikel Berkaitan: ‘Syahid & Syurga Buatmu Sayang’ – Suami Reda Isteri Meninggal Dunia Saat Melahirkan Anak
Suami tersayang meninggal dunia
Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.
Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya.
Esok Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.
Ketika artikel ini ditulis, pemilik video ini sama sekali tidak menceritakan asbab suaminya meninggal dunia dan dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah S.W.T.
Menunggu kepulangan yang tak akan pernah pulang. Arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya habis pantang.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan salam takziah kepada Allahyarham suaminya.
Video penuh:
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih ?? #fyp #fyp? ? suara asli – musicstory._
@jueazur Balas kepada @leenda.rosses arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya hbis pantang.. ?? #fyp? #fyp ? Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
@jueazur menunggu kepulangan yang tak akan pernah pulang ?? #Alfatihah.. #14hari #fyp ? Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – Aminda Chinika
Al-Fatihah
Sumber: Jueazur