Foto: Tangkap layar video
Umumnya mengetahui sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mana-mana individu sama sekali tidak dibenarkan untuk merentas negeri melainkan mempunyai hal kecemasan dan sudah mendapat permit daripada pihak polis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 3 Jam Naik Kereta Dari Jauh Semata-Mata Nak Tengok Cicit, Nenek Hanya Mampu Lambai Dari Jauh…
Artikel Berkaitan: Lagi Sedih Dari Drama Korea!’ – Setahun Terpisah Kerana Covid-19, Video Pertemuan Anak & Ayah Ini Undang Sebak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Daripada Anak-Anak, Tak Dapat Nak Balik Kampung Lagi…
Larangan tersebut menyebabkan ibu bapa yang menetap di kampung terpaksa menahan rindu yang tidak terkira disebabkan anak mereka yang sudah lama tidak pulang.
Al-Fatihah buat along
Foto: Tangkap layar video
Seperti video yang cukup menyayat hati dikongsi seorang gadis di laman TikTok, dikenali sebagai Haifaa menceritakan sudah kehilangan kakaknya yang sudah setahun tidak berjumpa berikutan penularan pandemik Covid-19. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat reaksi ayahnya yang begitu sebak dan rasa bersalah yang begitu mendalam.
Ya Allah Kau kuatkanlah hati abah, mama. Dari Terengganu sampai Selangor non stop menangis. Sayu hati tengok abah, kena kuat, abah kena lawa. Yang pergi biar pergi.
Difahamkan, mereka sudah terpisah hampir setahun, dan mengikut perancangan yang telah dibuat, kakaknya akan pulang dari Terengganu menuju ke rumah mereka. Namun, atas persuratan takdir, pertemuan tersebut sama sekali tidak berlaku.
Kita yang hidup ni kena teruskan hidup macam biasa. Abah memang rindukan along, abah rasa bersalah sampai tahap tak boleh control dia punya emosi.
Disebabkan penularan Covid-19, kami berpisah dengan along hampir setahun. Ikutkan esok tarikh along balik dari Terengganu. Tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya.
Bercerita lebih lanjut kakaknya yang dikenali sebagai along, sudah lama menanggung kesakitan dan sudah dijemput menghadap Ilahi pada dua hari yang lepas. Al-Fatihah.
Video penuh:
@azizuehaifaa29Al-Fatihah untuk Along ???? ##fyp ##pageforyou ##powerAwesome ##ramadhan2021? original sound – ????? – Alien
@azizuehaifaa29? Rindu setengah mati cover by ramadanramli – ?????
@azizuehaifaa29Siapa yg nampak posting ni mntk doakan kami sekeluarga kuat ?? And semoga arwah along tenang disana ?? ##fyp ##pageforyou ##powerAwesome ##ramadhan2021? bunyi asal – ?? – I’m Fine
Sumber: Haifaa