berita

[VIDEO] ‘Ummi Sayang Daddy Ameena, Tapi Ummi Tak Boleh Bersama Sampai….’

August 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi temu bual bersama majalah Pama, pelakon, Shakilla Khoriri dilihat tidak dapat menahan sebak tatkala meluahkan ucapan buat anaknya iaitu Ameena Sofia.

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Nafi ‘Mandrem’ Suami Orang – ‘Ingat Aku Jahil Sangat, Tak Ada Agama’

Artikel Berkaitan: ‘Ingat Aku Ni Apa…Dajjal Ke Jahat Sangat’ – Shakilla Khoriri Nafi Paksa Suami Orang Cerai Isteri

Artikel Berkaitan: ‘Isu Gambar Mesra Saya Minta Maaf…Itu Memang Khilaf Saya’ – Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: ‘Si Penghantar Email…Kamu Yang Mulakan Permainan Ini, So Let’s Play’ – Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Persamaan Tinggi, Bentuk Badan & Muka, Tapi Bukan Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang

Simpan sini untuk tatapan Ameena

Menurut Shakilla, dia dan Ameena sudah terbiasa dengan kehidupan sekarang dan mereka lebih tenang selepas mengharungi perjalanan yang sukar.

Dear Ameena Sofia, simpan sini untuk tatapan you nanti. Satu penghargaan yang terlalu berharga dalam hidup aku. Penghargaan yang tak pernah aku jangkakan tapi siapa aku untuk halang takdir dan perjalanan yang Allah tentukan. Alhamdulillah. Allah tarik satu nikmat, Allah ganti dengan 10 kali ganda nikmat dan sesuatu yang baik untuk aku dan Ameena.

Hari demi hari perjalanan yang sukar dah jadi semakin baik. Sakit dan parut makin pudar. Aku dan Ameena dah terbiasa dengan apa yang kami jalani setiap hari. Lebih tenang. Lebih bahagia. Lebih bertambah baik. Banyak rancangan yang kami fikir dan rancangkan. Walaupun Ameena tak tahu yang perancangan tu semua perlukan effort, tenaga Umi dan duit yang banyak tapi inshaAllah kita cuba dapatkan one by one.

Tambah Shakilla, dia jarang tinggal Ameena bahkan, akan mengutamakan anaknya terlebih dahulu berbanding kerja.

Tapi sejak hari itu, setiap hari aku yakin yang Allah sentiasa ada untuk kita orang. Rezeki Allah bagi tu entah dari mana datangnya tapi sentiasa mencukupi untuk kita berdua. Jarang aku tinggal Ameena untuk kerja. Bila aku terpaksa pilih Ameena atau kerja, aku tanpa was-was pilih Ameena. Duit boleh cari. Allah akan bagi. Tapi masa dan moment dengan orang yang aku sayang tak akan berganti.

Aku tahu pilihan aku tak salah bila satu persatu Allah tunjukkan bukti. Tanpa aku cari. Tanpa aku kisahkan. Satu persatu Allah tunjukkan sesuatu yang aku tak jangka. Satu persatu Allah tunjukan perangai sebenar manusia. Satu persatu keburukan yang hilang tanpa aku sedar itulah yang terbaik untuk aku. Satu persatu datangnya kebaikan yang aku tak terjangka. Keburukan yang aku lihat buat aku usaha perbaiki diri. Kebodohan yang aku lihat buat aku belajar untuk berfikir dan ukur diri sendiri.

Di akhir perkongsian, pelakon drama ‘Hilang’ ini berharap anaknya itu sentiasa berada dalam lindungan Allah dan menjadi anak yang hebat.

Semoga kasih sayang untuk Ameena Sofia lebih mencurah, sentiasa ada kebaikan yang datang merapat dengan Ameena.
Sentiasa berada dalam lindungan Allah walau jauh dari pegangan dan peluk aku. Sentiasa terima doa yang baik dari ramai orang. Sentiasa bahagia dan jadi anak yang bertuah dalam segala hal. Ameena anak yang hebat. Tak layak untuk rasa tak happy atau tersisih dengan apa yang berlaku. All the best to you Ameena Sofia. I sayang you sampai Syurga.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Sumber: Shakilla Khoriri

SKIP THIS AD ×