Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie berkongsi momen lucu apabila pakaian yang digayakan ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini terselit dicelah punggungnya.
Artikel Berkaitan: Bekas Tunang Mengaku Diri Tidak Sempurna, Zarina Anjoulie Harap Tak Gaduh Lagi
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Tuntut Khazrul Elzey Datang Minta Maaf & Bagi ‘Statement Live’ – ‘Bila Masa Saya Kasi Awak Gambar Bogel ..’
Terselit
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Zarina dilihat sedang sibuk berborak dengan beberapa individu sebelum diminta berdiri untuk bergambar dengan peminatnya.
Namun, mencuit hati apabila pakaian jenis abaya berona hijau lumut yang digayakan itu secara tidak sengaja terselit di bahagian punggungnya.
Menurut Zarina atau mesra dengan sapaan Anju, ketika itu dia baru sahaja mahu berangan cantik, namun baju dan tudungnya seperti tidak memberi kerjasama yang baik.
Baru nak berangan hot, geram pula dengan anak tudung ini tak cover telinga.
Baju pula tersumbat celah montot stress betul. Make up dah on point, baju makan tuan betul la, haha.
Ramai terhibur
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti termasuk wargamaya terhibur dengan gelagat aktres berusia 37 tahun itu.
Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan meskipun bajunya terselit namun masih kelihatan cantik.
Video
View this post on Instagram