berita

[VIDEO] Bas Ekspress Bawa Pesakit Kluster Changkat Jong Kemalangan, Rempuh Plaza Tol

February 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebuah bas ekspress yang membawa pesakit Covid-19 telah terbabit dalam sebuah kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang. Beberapa buah video yang dikongsikan melalui Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS memaparkan bas berkenaan kelihatan bergerak laju sebelum merempuh plaza tol itu sehingga mengakibatkan kerosakan teruk.

Rempuh plaza tol

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 3.00 petang tadi ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0. Enam penumpang bas berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.

Bawa kluster Changkat Jong

Melihat kepada rakaman video dan foto yang dikongsikan, keadaan bahagian hadapan bas ekspress tersebut dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu. Malah, difahamkan bas tersebut membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak dan berlepas jam 10.00 pagi tadi sebelum dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang pada jam 1.00 tengah hari.

Video rempuh plaza tol

Video dari pengguna jalan raya

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

SKIP THIS AD ×