Semalam merupakan malam gala tayangan filem Memoir Seorang Guru yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.
Sebagai teraju utama, Datuk Rosyam Nor hadir bagi menjayakan promosi filem tersebut. Paling istimewa adalah kehadiran bekas guru kepada aktor itu yang datang untuk menyokong karya terbaharunya.
Artikel Berkaitan:‘Kalau Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan Dengan Baik, Habis Karier Saya Sebagai Pelakon’ – Rosyam Nor
Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Tak Setuju Artis Bermasalah Kena ‘Banned’, Minta Beri Ruang Perbaiki Diri – ‘Tak Ada Orang Nak Buat Silap’
Doa seorang guru
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berkongsi momen bersalaman dan bergambar dengan bekas gurunya itu.
Ini cikgu aku semasa Tingkatan 5, Cikgu Halimah. Sudah 79 usia dia. Alhamdullilah, masih sihat dan hadir malam gala Memoir Seorang Guru.
Mengenang kembali memori ketika di bangku sekolah, pelakon berusia 57 tahun itu mendedahkan dia pernah dimarahi oleh gurunya.
Dia pernah marah aku katanya ‘kalau hang tak suka belajar hang jadi pelakon je’. Mungkin itu juga doa yang keluar dari seorang insan bernama guru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat bekas guru Rosyam yang kelihatan sangat berbangga dengan pencapaiannya.
Nampak erat genggaman tangan seorang guru yang bangga melihat anak didiknya berjaya.
Terharu rasa di dalam, pasti cikgunya bangga dengan kejayaan anak didiknya suatu masa dulu. Kasih sayang seorang guru yang masih terpahat kukuh.
Masin mulut cikgu, pelakon sungguh jadinya ya.
Filem arahan Kyoll Hamzah ini mengisarkan tentang seorang bernama Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman dan ditugaskan menjadi guru di kelas paling corot.
Memoir Seorang Guru juga turut dibintangi barisan pelakon antaranya Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.
Sumber: IG Rosyam Nor