Ramai yang kurang memahami tentang perintah mahkamah yang bakal menyita rumah arwah ibu Ali Puteh berikutan kegagalannya membayar tuntutan saman RM60,000 kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil’ – Ali Puteh Kecewa Rumah Arwah Mak Bakal Disita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000
Artikel Berkaitan: Netizen Mula Bandingkan Dengan Hidayah Abam, Tak Menempel Pergi Majlis Artis – ‘Shuhada Tidak Sepatutnya Tamak Haloba’
Rundingan tiada kata sepakat
Menerusi perkongsian video oleh seorang bekas peguam di TikTok, dia menerangkan tentang tindakan mahkamah terhadap pelawak tersebut sekaligus menjawab pertanyaan warganet tentang isu ini.
Menurutnya, kedua-dua pihak telah diberikan kebebasan untuk menyelesaikan pembayaran saman dengan cara sendiri dan tidak melibatkan kuasa mahkamah.
Namun, seperti mana yang diketahui umum pihak Ali Puteh sehingga hari ini masih belum menjelaskan bayaran tersebut kepada Hidayah. Maka boleh dirumuskan bahawa rundingan kedua-dua pihak tidak menemui kata sepakat.
Jadi kalau ada masalah rundingan bayaran, mahkamah boleh masuk campur dan tentukan bagaimana cara pembayaran tersebut.
Mengikut hukum faraid
Berdasarkan penjelasan bekas peguam tersebut, setelah ibu Ali meninggal dunia maka mengikut hukum faraid, rumah itu telah menjadi miliknya dan akan dikira sebagai pendapatannya kelak.
Secara undang-undang orang yang telah meninggal dunia tidak boleh ‘memegang harta’. Jadi rumah itu sebenarnya mengikut hukum faraid adalah ‘future income’ Ali Puteh.
Adalah lebih baik dan mudah untuk ambil ‘future income’ atau pendapatan semasa yang ada di tangan seseorang.
Lebih baik ambil harta yang akan datang jadi seseorang itu tidak rasa pun yang sebenarnya hutang itu telah dibayar.
Tambahnya lagi, apabila berlaku pembahagian aset atau penukaran hak milik, proses tersebut akan diselesaikan menerusi undang-undang. Justeru, pada pandangan pihak berkuasa rumah tersebut sedang melalui proses berkenaan maka adalah lebih mudah untuk dikawal.
Waris masih ada hak istimewa terhadap aset tersebut. Contohnya kalau rumah, kalau nak bayar balik perlu jual terlebih dahulu rumah tersebut, tapi orang pertama yang akan ditawarkan adalah waris sendiri supaya tidak dijual kepada pihak lain.
Terdahulu, kemelut antara Siti Nor Hidayah dan Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey dan berlarutan sehingga Hidayah menyaman Ali Puteh berhubung kenyataan pelawak tersebut di Instagram (IG) yang menggambarkan Hidayah seperti seorang yang tamak harta.
@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ?? #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang
Sumber: TikTok