Perbalahan antara anak Makcik Kemboja dengan bekas staf nampak gayanya makin berpanjangan apabila saling membalas di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Setakat Menyalak Macam Anjing, ‘Gong! Gong! Gong!’ – Lelaki Dipercayai Anak Makcik Kemboja Ajak Bersemuka
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Staf Makcik Kemboja Bersuara! Dakwa Pernah Dapat Untung RM2 Juta, Selamatkan Syarikat Jatuh Bankrap
Bukan block tapi kena banned
Terbaru, bekas pekerja dilihat bersuara lagi gara-gara dituduh sudah menyekat anak Makcik Kemboja di platform TikTok.
Weh korang nak tau update tak? Dia block saya.
Sambil ketawa, lelaki yang dikenali sebagai Shuib berkata akaun itu telah di-banned.
Tu la minum susu hanyut banyak sangat. Eh bezakan block dengan kena banned? Aku tak block kau, tak pernah nak block. Itu kena banned!
Minum susu hanyut banyak sangat kau ni. Orang dah cakap jangan minum susu hanyut, susu basi. Aduhai benak pemikiran. Hidup jangan banyak salah, susah nak betulkan.
Kata Shuib, anak Makcik Kemboja atau disapa Ezuan sepatutnya mengikut jejak langkah ibunya yang sudah meminta maaf atas ketelanjuran menggelar orang ‘Melayu malas.’
Salah orang kau pilih kadang-kadang. Aku ni ex staff kau. Aku tahu luar dalam masalah syarikat itu. Mak kau dulu pun bukan suka sangat kau.
Mak kau dulu pernah bagi bisnes dekat kau. Ingat tak? Ke mana bisnes tu, tak jadi.. Kau ini tinggi sangat impian, nak buat macam-macam. Aku dengar sekolah swasta, itu pakai duit orang melayu yang membeli baju mak kau.
Macam ini la tak payah malukan diri sendiri. Tak payah menegakkan benang dah basah. Kalau kau salah, kau mengaku salah. Mak kau dah mengaku bersalah, kau bila lagi?
Kau belajar tinggi
Dalam masa sama, Shuib menekankan Ezuan perlu bertanggungjawab kerana dia memikul tanggungjawab sebagai editor dalam syarikat itu.
Kau yang edit video, kau editor tau. Kau yang menentukan video mana patut dikongsikan, video mana tidak boleh. Kau belajar tinggi daripada aku. Mak kau belajar sampai darjah tiga saja.
Kau lebih tahu isu sensitif apa yang patut kau muat naik atau tidak sebagai seorang rakyat Malaysia. Jadi, fikir secara waras sebelum nak buat konten. Aku dengar mak kau dah masuk televisyen, kau bila?
Sebelum ini, tular sebuah video Ezuan yang menyebut, ‘Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘
Susulan itu, Ezuan tampil memberi penjelasan dengan mendakwa video asal sudah disunting. Kata Ezuan, kata-kata itu tidak ditujukan kepada netizen sebaliknya kepada bekas pekerja.
Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kemudian, Mariyah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada Selasa, bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan video tersebut.
Sumber: TikTok