Stesen radio nombor satu negara, Hot FM dilihat bakal mencipta rekod baharu apabila dijadualkan bakal bersiaran secara langsung di atas keretapi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ Mula Tugas Penyampai Radio Hot FM, Kongsi Isu Semasa & Politik – ‘Saya Bawa Dengan Cara Mudah Difahami’
‘On air’ dalam keretapi
View this post on Instagram
Segmen Bekpes Hot yang dikendalikan AG, Johan, Fara Fauzana dan juga Khairy Jamaluddin dilihat berjaya mendapatkan persetujuan daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk bersiaran secara langsung dari dalam keretapi.
Menerusi panggilan telefon yang dibuat bersama Ketua Jabatan Antarabandar KTMB, Puan Nurul Azha Mukmin, Bekpes Hot bakal bersiaran dengan menaiki Electric Train Service (ETS) dari Kuala Lumpur menuju ke Padang Besar, Perlis.
Tentulah kami terima, pihak KTMB telah bersetuju dan kita sahut cabaran untuk cipta rekod baharu bersama Bekpes Hot FM.
Jadi kami cadangkan untuk menaiki (ETS) yang menawarkan perjalanan sehingga ke Padang Besar, jadi kita akan buat hingga ke sana.
Kalau korang bersetuju, saya bagi terus mengenai ‘details’ perjalanan kita.
Selepas mendapat persetujuan bersama, Bekpes Hot dijadualkan akan bersiaran secara langsung di atas ETS pada Jumaat, 8 Mac nanti.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin selaku salah seorang ahli segmen ‘Bekpes Hot’ dilihat memberikan cadangan agar stesen radio berkenaan melakar satu lagi rekod yang belum pernah dibuat mana-mana stesen radio.
Memandangkan kita dah jadi stesen radio nombor satu di Malaysia, saya rasa kita kena cipta rekod di Malaysia dan di dunia.
Jadi kepada pihak KTMB, kami dari Bekpes Hot ingin bersiaran secara langsung melalui jarak yang paling jauh dengan menaiki keretapi.
Video
@hotfm976_ Challenge accepted ?!! Awas erkkkk! Bekpes Hot dengan Chief @Khairykj nak cipta REKOD DUNIA ni! Jadi kehadapan @KTMB , kitorang nak on air dalam KTM tau! Sudi lah terima kami yaaa ? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Sumber: Instagram, TikTok Hot FM