berita

[VIDEO] Belum Sempat ‘Owner’ Hentak, Suspek Curi Ysuku Menangis Teresak-Esak

November 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Motosikal Yamaha Y15 atau lebih dikenali sebagai ysuku menjadi kegilaan ramai. Motosikal ini ibarat satu trend masa kini apabila artis-artis tempatan seperti Shuib, Zizan dan Ajak Shiro memiliki motosikal tersebut dan diubah suai. Rata-rata anak muda ingin memiliki ysuku sebagai satu tanda kemegahan.

Namun dalam keghairahan untuk memiliki ysuku. Ada segelintir individu yang mengambil jalan mudah dengan mencuri motosikal tersebut. Kes sebelum ini seorang lelaki ditahan di laman parkir apabila cubaan mencuri motosikal akhirnya kantoi. Terbaru, menerusi Twitter Nazidh juga berkongsi video rakaman seorang lagi pencuri motosikal yang telah mencuri ysuku miliknya. Mujur ysuku itu dapat ditemui semula.

Dia baru rembat ysuku aku

Rakaman video tersebut dipercayai ketika sesi soal siasat suspek yang mencuri motosikal. Dia kelihatan ketakutan dan berkali-kali memohon maaf atas perbuatannya itu. Walaupun motosikal mangsa dicuri namun mangsa tidak menggunakan sebarang kekerasan ke atas suspek. Suspek telah ditahan pihak polis dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Macam mana boleh jumpa?

Mangsa turut memberitahu bagaimana dia boleh menjumpai kembali motosikalnya itu. Dia menyatakan bahawa semasa motosikalnya itu hilang, ada rakannya melihat suspek membawa balik motosikal itu ke rumah suspek. Apabila tiba di rumah suspek, motosikal tersebut ada di situ namun suspek berjaya melarikan diri.

Pencuri bukan sorang

Penyabar sangat brader ni

Rata-rata netizen memuji sikap mangsa yang sabar ketika berhadapan dengan suspek.

Sumber: Nazidh

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×