berita

[VIDEO] Berebut Pelanggan Punya Pasal, 2 Kumpulan ‘Longkai’ Bertumbuk

May 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jika berlakunya kemalangan jalan raya pasti kumpulan penarik kereta berebut menyuruh mangsa kemalangan untuk menandatangani borang tarik kereta ke bengkel mereka. Namun, lain pula yang terjadi di Jalan Serdang Jaya, Seri Kembangan apabila dua kumpulan trak penunda bergaduh sesama sendiri akibat perebutan pelanggan.

Bertindak ganas luar kawalan

Dalam kejadian tersebut kedua-dua kumpulan trak penunda itu bertindak ganas dengan bertumbuk dan menendang antara satu sama lain tanpa menggunakan senjata.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga seorang daripada mereka cedera ringan manakala sebuah kenderaan milik penunda kereta dipecahkan cermin hadapannya.

Menerusi laporan Awani, Asisten Komisioner Ismadi Borhan selaku Ketua Polis Daerah Sedang berkata, kejadian bermula apabila mereka berselisihan faham dan kemudian berlaku pertengkaran. Selepas itu, keadaan menjadi luar kawalan dan kedua-dua kumpulan penunda itu bertindak ganas dengan bertumbuk dan menendang antara satu sama lain.

8 suspek berjaya ditahan

Ekoran kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah menjalankan operasi khas mengesan kesemua mereka dan lapan suspek daripada kumpulan terbabit berjaya ditahan.

Polis sekali lagi mengingatkan supaya semua pihak bertenang dan jangan membuat provokasi sehingga mengakibatkan tindakan di luar kawalan seterusnya melanggar undang-undang

Tambahnya lagi, pihak polis telah berjaya menahan lapan suspek daripada kumpulan tersebut yang terlibat dalam kejadian itu. Semua suspek bakal direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Baki suspek lain yang terlibat dalam kes itu sedang disiasat polis.

Sumber: Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×