Setelah sekian lama berdiam diri, penyanyi terkenal era 80-an, Datuk ND Lala akhirnya membuka mulut mengenai isu rumah tangganya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.
Artikrl Berkaitan: Fauziah Sarman Akhirnya ‘Spill The Tea’! Jumpa Baju Penyondol Dalam Bagasi ND Lala, Anak Dituduh Curi Kereta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syada Amzah Terbuka Ibu Kahwin Baru, Fauziah Sarman Berharap Tak Jumpa Jodoh ‘Bodoh’
Status rumah tangga
Menerusi hantaran video di Instagram, ND Lala menjawab segala spekulasi dan tomahan berhubung isu perceraiannya bersama Fauziah serta status perkahwinannya dengan isteri baharu iaitu Siti Munirah.
Kata ND Lala, bekas isterinya telah mengugut dan mendesak dirinya beberapa kali minta untuk diceraikan.
Berhentilah menipu, berhentilah buat cerita palsu. Berapa lama hendak menipu, kerana akhirnya orang akan tahu. Akhirnya kebenaran akan menang.
Memang benar saya telah bernikah dengan Siti Munirah dan memang benar bekas isteri saya (Fauziah Sarman) tidak setuju berpoligami.
Memang benar juga, bekas isteri telah banyak kali mengugut, mendesak dan meminta saya menceraikannya. Ini bukan satu keputusan yang mudah selepas 34 tahun kami bernikah dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Memang benar saya telah melafazkan cerai pada 2 Ogos di Masjid Ar-Rahman bangsar, menfailkannya pada 7 Ogos dan memberi audio lafaz cerai pada 8 Ogos melalui WhatsApp. Memang benar mahkamah telah sahkan perceraian kami pada 5 September.
Dalam masa sama, ND Lala berkata dia tidak mahu lagi memanjangkan isu rumah tangganya dan berharap bekas isterinya tidak lagi meluahkan perasaan dalam media sosial.
Saya tidak mahu mengulas apa yang terjadi antara kami sehingga membawa kepada perceraian kerana itu hal peribadi. Apabila kita gunakan pertimbangan akal dan bukan emosi, kita akan faham.
Sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri dan tidak dapat diselesaikan, platform yang betul untuk mengadu adalah pejabat agama. Tiada keperluan untuk mengadu dan meluah perasaan pada kawan-kawan.
Lebih buruk apabila luahkan perasaan di media sosial dan wartawan. Mereka tidak dapat selesaikan masalah rumah tangga. Tapi tidak mengapa, apa yang sudah terjadi biarkan terjadi.
Tambah pelantun lagu Buah Hati Dikebas Orang itu, dia terima segala ketentuan yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T pada dirinya.
Saya percaya pada rukun Iman, saya percaya kepada Qada dan Qadar, ini bahagian saya dan saya reda. Saya percaya perancangan Allah jauh lebih baik.
Hakikatnya bermula 2 Ogos, perkahwinan kami telah pun berakhir, untuk itu tiada keperluan lagi untuk bicarakan tentang perkahwinan kami kerana kami bukan lagi suami isteri.
Video
Sumber: Instagram