berita

ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Shila & Ubai, Elak Ditemu Bual Wartawan

August 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ND Lala Lari

Foto: Harian Metro

Penyanyi veteran, Datuk ND Lala difahamkan bergegas meninggalkan majlis pernikahan anaknya iaitu Shila Amzah dan Ubai yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Masih Bersama Atau Tidak? Shila Amzah Jawab Status Perkahwinan ND Lala & Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu

Elak ditemu bual wartawan

ND Lala Lari

Memetik laporan Berita Harian, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh mengelak daripada ditemu bual oleh wartawan dengan dilihat tergesa-gesa beredar meninggalkan majlis yang diadakan di Boathouse, Ampang.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 62 tahun tersebut juga tidak menghadiri ke sesi fotografi bersama keluarga seusai selesai akad nikah anak perempuan sulungnya itu.

Difahamkan pihak media telah menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada ND Lala namun tidak berbalas.

Dalam masa yang sama, isterinya Datin Fauziah Sarman juga enggan ditemu bual oleh wartawan.

Sementara itu, kelibat adik kepada Shila iaitu Syada Amzah turut tidak kelihatan ketika sesi bergambar.

Shila Amzah dan personaliti media sosial Ubai MZ selamat disatukan sebagai suami isteri tepat pada pukul 10.28 pagi Sabtu.

Terdahulu, Fauziah pernah mendedahkan wajah seorang wanita di Instagram yang kenali sebagai Siti Munirah yang dipercayai ‘orang ketiga’ di dalam rumah tangganya.

Rentetan itu, dia ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada April lalu didakwa untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Bagaimanapun, Syada menafikan dakwaan tersebut.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×