berita

[VIDEO] Berjaya Kelirukan Hael, Nyanyian Sumbang Wanita Ini Di I Can See Your Voice Malaysia Bikin Geli Hati!

June 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Rancangan ‘I can See Your Voice Malaysia’ musim kedua kini sudah kembali ditayangkan di kaca televisyen. Rancangan yang berunsurkan hiburan itu menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Dalam episod pertama yang berlangsung semalam, Hael Husaini merupakan artis jemputan yang diundang.

Seperti biasa, pelbagai aksi melucukan telah terjadi di antara para hos, artis jemputan, ahli panel dan juga kesemua para peserta. Paling mencuri perhatian netizen, peserta duet yang dipilih oleh Hael di pusingan akhir merupakan penyanyi yang memiliki suara sumbang. Serius kelakar!

Episod pertama ‘I Can See Your Voice Malaysia

Dalam setiap episod, artis jemputan akan diberi tanggungjawab untuk memilih penyanyi sebenar ataupun penyamar dalam kalangan 6 orang peserta. Peserta terakhir yang dapat bertahan, bakal berduet dengan artis jemputan dan dikira sebagai pemenang.

Malangnya, Hael Husaini telah membuat pilihan yang salah apabila dia menyingkirkan semua penyanyi sebenar dan akhirnya tersalah memilih seorang daripada penyamar yang digelar Experiwomen. Pemilihan Experiwomen diyakinkan oleh panel jemputan, Mark Adam.

Sampai hati awak


Menerusi Instagram Hael, dia berkongsi video dan kapsyen ‘sampai hati awak’ terhadap peserta dari episodnya sambil besertakan emoji senyum. Perkongsian yang dikongsi Hael itu ternyata mencuri tumpuan netizen dan rata-ratanya meninggalkan komen terhibur apabila melihat wanita tersebut menyanyi.

Reaksi netizen dan rakan artis

Rata-rata netizen dan rakan artis ketawa dan menyatakan perasaan kelakar ketika melihat video itu.

Sumber: Hael Husaini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×