Meskipun ikatan cinta pernah terlerai hampir lebih 25 tahun yang lalu, namun, Datuk Awie dan Erra Fazira masih lagi berkawan rapat dan sentiasa bersikap profesional setiap kali mereka perlu bekerjasama dalam menjayakan drama mahupun undangan nyanyian.
Artikel Berkaitan: Berharap Mereka Berdua Berbaik Semula – Erra Fazira Akui Terkejut Dengan Isu Rumahtangga Awie-Rozana
Artikel Berkaitan: Saya Mahu Tampar Awie – Erra Fazira
Salam tanda hormat
Terbaru, tular satu video dimuat naik sebuah hotel terkemuka di Melaka, LaCrista Hotel memaparkan Awie dan Erra Fazira yang difahamkan hadir untuk membuat persembahan ketika majlis berbuka puasa di sana.
Dapat dilihat, Erra Fazira menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Awie sejurus selepas penyanyi rock lagenda negara itu tiba di perkarangan hotel berkenaan.
@lacristahotel Sembilu Reunion ? #fyp? #sembilu #awie #errafazira #malayfilm #sembilukasih #hotelmelaka @AWIE @ERRA FAZIRA ? original sound – LaCrista Hotel Melaka
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rat netizen mempersoalkan tindakan Erra Fazira yang bersalaman dengan Awie meskipun mereka tidak mempunyai apa apa pertalian.
Untuk info, Awie dan Erra Fazira pernah melangsungkan majlis pertunangan pada tahun 1996 sebelum ikatan pertunangan itu putus di tengah jalan pada tahun 1998.
Sumber: TikTok