berita

[VIDEO] Bertaranum Ajak Kawan Buat Assignment, Suara Lunak Lelaki Ini Dipuji.. Sedap Sungguh!

August 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mungkin ramai umat Islam yang lancar membaca Al-Quran namun bukan semuanya dianugerahkan dengan kebolehan bertaranum. Sebenarnya, banyak cara yang boleh dilagukan dalam bertaranum ini.

Perkongsian @Luqman681 di laman Twitternya baru-baru ini mengagumkan ramai netizen apabila dia memuat naik sepotong video pendek rakannya bertaranum secara bersahaja dalam Bahasa Melayu.

Tanya assignment pun suara sedap

Menerusi video berdurasi 0:45 saat itu, rakannya kedengaran mengajak dirinya untuk menyiapkan tugasan dalam intonasi bertaranum.

Assalamualaikum w.b.t. wahai Luqman..wahai Luqman bila anta nak buat group untuk fotografi yang Encik Samsul suruh…yang Encik Samsul suruh buat assignment…untuk hari Rabu minggu depan.

MasyaAllah anta punya qiraat baik..MasyaAllah…kalau mcam tu tak apa lah.. nanti anta bagitahu ana….terima kasih abang Luqmannnn…..sadaqallahulazim.

Sedapnya suara mengaji

Tidak cukup dengan itu, Luqman turut berkongsi sepotong lagi video pendek yang memperdengarkan rakannya itu membaca sebuah surah dengan cara bertaranum.

Memang pergi kelas taranum

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, individu yang dikenali sebagai Mohd Affuan itu memang mengikuti kelas taranum, nasyid dan azan.

Menceritakan perkara itu, Luqman berkata sebaik sahaja dia menerima mesej suara tersebut, dia terus membukanya dan mendengar Affuan mengajak rakan menyiapkan tugasan diberikan oleh seorang pensyarah mereka.

Kami tahu dia kerap mengikuti kelas taranum, nasyid dan azan tapi tidak jangka dia menggunakan kemahiran itu untuk memberitahu rakan.

Ia bukan sahaja melucukan, malah membuatkan kami terpegun dengan suaranya seolah-olah dia sedang mengaji.

Kedua-dua pelajar itu merupakan pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau, Perlis.

Terima pujian netizen

Perkongsian Luqman itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kelunakan suara rakannya itu bertaranum meskipun dalam Bahasa Melayu.

Malah, tidak kurang juga ada yang terhibur dengan cara individu itu memberikan pesanan suara.

Setakat ini, perkongsian itu sudah mendapat lebih 30k rt dan hampir 26k tanda suka.

Sumber: Twitter luqman681, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×