Pelakon Betty Rahmad berkongsi mengenai penghijrahannya dalam mendalami ilmu agama menerusi anaknya di program Bidadari Syurga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Minta Maaf Sebab Gigit Jari Habib Ali Masa Bayi, Ramai ‘Cair’ Tengok Anak Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: ‘Ubah Diri Sendiri Dulu Kalau Nak Pasangan Jadi Lebih Baik’ – Betty Rahmad Bangga Suami Pertama Kali ‘Keluar’ Rumah 3 Hari
Mendalami ilmu agama
Menerusi hantaran di TikTok, seorang individu memuat naik klip di mana Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali terkesan dan terinspirasi dengan anaknya yang mempelajari Al-Quran.
Bila ada anak, anak saya mengaji. Bila dia sampai ke Iqra’ tu, dia dah laju. Bila nak ajar tu, saya terdetik ‘anak yang baru umur sebegitu boleh belajar Al-Quran, tapi diri sendiri macam mana’.
Tambah Betty, urusannya dipermudahkan apabila terdapat seorang ustazah yang menghampirinya melalui DM Instagram dan ingin mengajarnya untuk mengaji.
Dalam pada itu, ustaz yang turut hadir di program Bidadari Syurga itu menyatakan bahawa ianya mungkin daripada doa seorang ibu.
Betty, 42, meluahkan rasa syukur dengan segala kemudahan yang diberikan untuknya. Katanya, dia lebih tenang dan rasa disayangi selepas mempelajari ilmu agama dengan lebih dalam.
@blithe4lyfeeee Terinspirasi dari anaknya yang belajar Al-quran, membuatkan ingin terus mendalami Al-quran dan ilmu agama. @Betty Rahmad | Sambal Queen Kisah ekslusif yabg belum pernah didengari ini dapat disaksikan di Bidadari Syurga, Isnin, 27 Mac 2023, 7.30pm hanya dia Astro Oasis (ch.106) #sambalgila #sambalgilabetty #sambalsewel #fyp #hijrah_istiqomah #hijab #bettyrahmad #lisasurihani #ustazjafriabubakarmahmoodi
Sumber: TikTok @Blithefoods