berita

[VIDEO] ‘Biarlah Saya Dicaci, Dihina & Dihentam..’ – Ajai Mohon Maaf Bagi Dr Hafiz Zainal 2 Markah

August 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak minggu lepas, nama komposer terkenal yang juga merupakan juri tetap dalam rancangan realiti Big Stage iaitu Ajai telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Hal ini berlaku selepas Ajai bertindak memberikan hanya 2 markah kepada salah seorang peserta program berkenaan iaitu Hafiz Zainal.

Artikel Berkaitan: ‘Ataupun Awak Pengsan Lagi Best’ – Kritikan ‘Pedas’ Ajai Dalam Big Stage 2020 Undang Kontroversi

Terbaru, Ajai telah tampil membuat permohonan maaf secara live kepada Hafiz Zainal.

Ajai minta maaf

https://www.instagram.com/p/CEO7YI6gmnV/?utm_source=ig_web_copy_link

Permohonan maaf itu dilakukan Ajai secara siaran langsung dalam permulaan konsert Big Stage 2020 episod Minggu ke-2 malam tadi (Ahad). Sedutan video pendek permohonan maaf itu dimuatnaik oleh Astro Gempak di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ajai mengakui kemungkinan bahasa dan perkataan yang digunakan olehnya adalah tidak sesuai. Oleh dia memohon maaf atas keterlanjurannya sebelum ini.

Ya saya akui mungkin saya tersalah perkataan. Itu adalah cara dan prinsip saya jika menjadi juri pertandingan, saya begitu peka dengan nyanyian dan teliti setiap not tetapi bukan semestinya awak tidak bagus. Jadi di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa sebelum ini.

‘Biarlah saya dicaci’

Menurut Ajai, sebagai seorang juri dia bukanlah berniat untuk menghentam sesiapa sebaliknya ingin mendidik serta mencurahkan ilmu kepada para peserta supaya menjadi evergreen selain dikenali dengan bakat yang mereka ada.

Biarlah saya dicaci, dihina dan dihentam. Tapi sebagai mana saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya kekal dengan prinsip saya.

Tetapi apa yang saya mahu, selepas para peserta ini keluar, mereka tahu bagaimana cara menyanyi dengan betul dan anggap saya sebagai juri dan ‘bro’ (abang).

Tambahnya lagi, dia ingin melihat kesemua peserta Big Stage menjadi seorang penyanyi yang berjaya selepas keluar daripada program berkenaan.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×