berita

[VIDEO] Bila Abang, Akak Askar Cover Lagu #BaikSemula… Meremang Dengar!

February 5th, 2021 | by Amat
Video Popular

Lagu #BaikSemula hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju K-Clique ini dicipta bagi memberi penghargaan kepada barisan hadapan negara (frontliners) yang telah berkorban demi negara ketika pandemik Covid-19 melanda. Lagu nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique ini adalah inisiatif Anugerah Juara Lagu ke-35 dalam membangkitkan semangat semua rakyat.

Artikel berkaitan: #BaikSemula Suntik Semangat Baharu Rakyat Malaysia. Ayuh Bangkit!

Bukan itu sahaja, lebih menarik perhatian lagi apabila frontliners sendiri yang menyanyikan lagu #BaikSemula. Memang feel habis!

Lagu #BaikSemula

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kool FM (@koolfmmy)

Nyanyian berdurasi 4:11 minit ini memaparkan visual foto dan video pengorbanan para barisan hadapan dunia yang telah berkorban tenaga serta masa memastikan kita semua berada dalam kesejahteraan. Video ini turut diiringi dengan nyanyian suara dan mainan muzik dari Badan Kesenian Tentera Darat, Regimen 515 di Kuala Lumpur.

Menerusi video ini, jelas dapat kita saksikan semangat dan inspirasi bersama seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

Jom sertai #BaikSemula

Sehubungan itu, pihak AJL35 menyeru kepada orang ramai untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda sokongan dan kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Jom kongsikan #BaikSemula versi anda sendiri di laman sosial.

  1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula
  2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok
  3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda
  4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

Sumber: Kool FM

SKIP THIS AD ×