berita

[VIDEO] Bisikan Misteri ‘Itu Iktibar’ Sebelum Mat Motor Kemalangan Di Highway Pasir Gudang

January 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang pengguna lebuh raya di Pasir Gudang Johor terkejut dan mengalami ketakutan apabila video yang di rakamnya mengandungi suara satu entiti. Menerusi Twitter Rahman, dia merakam sekumpulan mat motor di lebuh raya secara spontan sebelum kumpulan tersebut kemalangan. Dia turut mengesyaki apa-apa yang pelik berlaku. Namun, sejurus berkongsi kepada pengikutnya di Instagram, dia mendapat banyak mesej yang mengatakan terdapat suara makhluk lain di dalam keretanya sejurus mat motor tersebut kemalangan.

Itu iktibar

Berdasarkan video tersebut, di akhir video itu terdapat suara yang menyebut ‘itu iktibar’ secara halus. Menurut Rahman, sejurus itu dia memandang ke cermin sisi dan menyaksikan bahawa terdapat kemalangan motosikal yang melibatkan kumpulan yang dirakamnya. Suara halus itu seolah-olah berkait rapat dengan kemalangan yang berlaku.

Rakam secara spontan

Menurutnya, dia yang sewaktu itu bersendirian pada jam 3 pagi ingin pulang ke rumah. Tanpa tidak sengaja, dia telah merakam sekumpulan mat motor di atas lebuh raya. Keesokkan harinya, dia mendapat banyak mesej dari rakannya yang mengatakan terdapat suara halus dalam rakamannya itu.

Ayat berkait dengan situasi kemalangan

Tambahnya lagi, selepas memeriksa kembali video tersebut, ternyata suara itu benar-benar kedengaran dengan jelas. Selain itu selepas rakaman itu direkodkan, dia turut terlihat kemalangan yang berlaku antara mat motor itu sendiri.

Ayat ‘itu iktibar’ yang disebut oleh makhluk itu dalam rakamannya ternyata berkait rapat dengan situasi kemalangan tersebut.

Sumber: Rahman

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×