Pelakon, Fattah Amin menafikan dakwaan tidak ada usaha memujuk bekas isteri, Fazura sepanjang rumah tangga bergolak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Dakwa Fattah Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga – ‘Berdoa Pada Allah Dia Datang Pujuk, Mungkin Saya Berlembut Hati’
‘Tunjuk WhatsApp kalau berani’
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia sudah cuba memikat hati Fazura namun gagal apabila panggilan telefon dan mesej tidak dibalas.
Malah, dakwanya, dia juga dihalang untuk masuk ke rumah kelamin.
Boleh tengok WhatsApp dia. Tunjuk Whatsapp kalau berani.
Saya datang rumah tetapi dihalang. Tak boleh masuk rumah.
Fattah berkongsi perkara tersebut sejurus selepas sah bercerai, hari ini, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Masih sayangkan Fazura
Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin menyatakan dia masih menyimpan perasaan sayang terhadap Fazura.
Pujuk tak jadi kalau sebelah pihak saja. Kita usaha macam mana pun, kena ada dua-dua (usaha bersama).
Saya masih sayang dia sebagai insan yang pernah ada dalam hidup saya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura dah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin.
Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.