Pengacara dan pempengaruh, Hazeman Huzir tampil memberikan ulasannya mengenai gerakan #Blockout2024 yang sedang giat dilakukan wargamaya di Malaysia.
Menurut Huzir, dia sangat menyokong gerakan tersebut dilakukan namun menganggap segelintir wargamaya sudah menyalah tafsir sebab sebenar gerakan tersebut dilakukan.
Artikel Berkaitan: ‘Eh Bodoh, Rumah Dia Baru Kena Bom Tau’ – Hazeman Huzir Berang Dengan Netizen Di TikTok
Netizen salah tafsir
@hazemanhuzir Disebabkan aku tau sesetengah yang akan faham ayat aku ikut pemahaman sendiri: “Ya aku setuju gerakan #blockout2024 ? original sound – Hazeman Huzir
Menerusi hantaran tersebut, Hazeman tampil menjelaskan tujuan asal gerakan adalah untuk menghalang akaun-akaun yang didakwa terlibat dengan sokongan kepada pihak Zionis ini daripada mendapat ‘engagement’ yang tinggi.
Menurut Hazeman, tindakan segelintir wargamaya yang meninggalkan kata kecaman terhadap akaun yang dimaksudkan hanya akan menambah lagi ‘engagement’.
Kita buat block out ini adalah untuk mengelakkan brand-brand (yang menyokong Zionis) terus mendapat ‘algorithm’ serta engagement yang tinggi.
Cumanya, kenapa korang (netizen) pergi masuk ke Instagram (IG) dan akaun TikTok seseorang itu dan mencaci-maki mereka?
Bila kau engage dan berinteraksi sebegitu, itu hanya akan menambahkan lagi engagement. Dia dah ‘defeat the purpose’ dah ini.
Kalau korang nak buat macam itu, jangan gunakan #Blockout24 sebagai premis sebab tindakan korang itu bukan ‘block out’.
Kau block dan blah, tak perlu nak tinggalkan komen caci-maki, ugut bunuh dan sebagainya.
Dalam pada itu, Hazeman menasihati agar wargamaya membuat ‘research’ terlebih dahulu sebelum meninggalkan kata-kata cacian kepada mana-mana artis dan pempengaruh yang tidak berkenaan.
Maaf cakaplah ya. Pempengaruh Cina seperti Ceddy yang selalu cakap pasal Islam, selalu pertahankan isu di Palestin pun kena block juga.
Sekurang-kurangnya boleh tak kita ini buat ‘research’ dulu sebelum ambil apa-apa tindakan.
Ini tidak, asalkan seseorang itu promosi barang yang ada nama ‘orang putih’ sikit, korang dah kata barang tu barang support zionis.
Jangan disebabkan tindakan kita, ia menjadi fitnah kepada gerakan ini dan jangan disebabkan kita, semakin berkurang orang yang ‘support’ Gaza.
Jangan jadi pengkhianat. Buat sesuatu itu dengan betul berserta dengan ilmu.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan Hazeman.
Komen netizen
Sumber: TikTok Hazeman Huzir