Seorang pekerja di sebuah stesen minyak berkongsi momen bersama dua orang kanak-kanak yang sering datang dan meluangkan masa di tempat kerjanya.
Artikel Berkaitan: Ibu Tiri Siti Sarah Lancar Tudung ‘7 Saat’, Teruskan Usaha Murni Di Rumah Anak Yatim
Artikel Berkaitan: Hanya Kerana RM4, Penghuni Rumah Anak Yatim Berusia 11 Tahun Maut Dibelasah Rakan Asrama
Masak mi segera untuk kakak
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adam dan adik perempuannya, Ica membawa bekal yang berisi mi segera untuk diberikan kepada salah seorang pekerja di stesen minyak tersebut.
Difahamkan sebelum itu wanita tersebut hanya bergurau dengan menyatakan bahawa dia sedang lapar. Tidak lama kemudian mereka benar-benar membawa mi segera yang dimasak sendiri.
Budak-budak bertuah ni, betul-betul masakkan aku mi segera dari rumah mak dia.
Dalam ada itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mengucapkan terima kasih kepada pekerja stesen minyak tersebut kerana sudi menyantuni anak yatim.
Terima kasih melayan anak yatim ini, Adam memang suka masak.
Tinjauan OhBulan! mendapati Adam sering ke stesen minyak tersebut dan dillihat berkawan rapat bersama pekerja-pekerja di situ.
Netizen puji
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita tersebut kerana melayani Adam dan adiknya walaupun sedang bekerja. Dalam masa yang sama, mereka juga bangga dengan sikap Adam yang suka berbuat baik dengan pekerja-pekerja di stesen minyak itu.
@meknaa_yamaa96 Bile bdk stranger suke kau n nk bekwn be like hahahah lyn je lh mmg annoying biase lh ank bongsu adk xde , lyn je lh cm ank2 buah?? .. #budakbaik #fyp??viral #caltex @????????? ???
Sumber: TikTok