berita

[VIDEO] Budak Subang Jaya Ada ‘Havoc’, Ini Pula Lagu Rap Untuk Budak Wangsa Maju!

March 21st, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Rasa cinta atau berbangga dengan tanah air selalunya diterjemahkan dengan lagu patriotik yang rancak dimainkan menjelang hari kebangsaan. Tidak sekadar itu, lagu Havoc  secara tiba-tiba menjadi lagu ‘rasmi’ komuniti Subang Jaya kerana liriknya ada menyebut ‘budak Subang Jaya memang ada gaya, macam hari-hari, Hari Raya’.

Beberapa hari lalu viral pula video rap, namun kali ini mengangkat Wangsa Maju pula sebagai tema. Memang boleh lawan Havoc tak agak-agak?

Wangsa Wangsa Wangsa Maju, sini overhot sampai semua buka baju!

Klip video lagu berkenaan mula viral dan mendapat perhatian netizen di Twitter 3 hari lalu. Antara lain, lirik lagu yang tidak dapat dipastikan tajuknya itu menceritakan tempat-tempat menarik serta keunikan yang dimiliki kawasan itu. Antaranya adalah kedai makan Pantai Timo, Burger Kaw Kaw selain kompleks beli-belah seperti Wangsa Walk dan Setapak Sentral.

Walaupun video dimuatnaik beresolusi rendah, namun ramai yang memuji video berkenaan yang dikatakan satu usaha yang baik daripada rapper tempatan berkenaan. Keep it up, bro!

Sumber: Nasir Pasir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×