Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi meluahkan rasa kurang senang dengan kisah yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terkejut, Trauma..Itu Pertama Kali Berlaku & Jadi Titik Hitam Dalam Hidup Saya’ – Ruhainies
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Menangis, Tak Tahu Macam Mana Nak Pujuk Bella Astillah – ‘Saya Nak Lupakan Sengketa Yang Ada’
‘Buka aib orang, dianggap hebat’
@rozaidijamil Pagi pagi aku dah terasa meluat nak muntah pun ada bila aqidah pun kau tak faham rasa malu tu dah takde.. #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit?? #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia ? original sound – ZED ZAIDI
Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok, Rozaidi bin Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi menganggap ada sesetengah orang Islam seakan ‘menghalalkan’ sesuatu perkara yang haram.
Bangun pagi, buka media sosial semua cerita pasal kau. Luar nampak Islam, tapi akidah..dia tak faham. Tatu di badan, dianggap halal.
Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi itu juga menganggap individu terbabit seakan tidak malu menceritakan aib sendiri kepada umum. Selain menyifatkan tindakan itu telah mencalarkan maruah diri sendiri.
Buka aib orang, dianggap hebat. Buka aib sendiri, itu yang dibanggakan. Mana maruah kau? Murah sangat maruah sampai kau tak tahu malu. Kasihan mak bapak kau.
Menjengah ke ruangan komen, ada di antara wargamaya akui turut ‘muak’ dengan kisah-kisah tersebut malah ada yang bersetuju dengan tindakan Sarah Yasmine yang mendedahkan kebenaran.
Sumber: TikTok Zed Zaidi