Tular di TikTok baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan pelakon Fendy Bakry bersama isteri sedang bermaaf-maafan di pagi Hari Raya.
Artikel Berkaitan: Fendy Bakry Menangis Kucing Kesayangan Mati – ‘Begini Rasanya Cat Lover Sedih Bila Kehilangan’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bukan Alami Sakit Misteri’- Rakan Rapat Dedah Penyakit Dialami Pelakon Mr. Grey
‘Untunglah..’
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri yang memakai pakaian sedondon berwarna biru bersama isteri sedang bersalam-salaman di rumah.
Paling menarik perhatian apabila setelah pasangan itu bermaaf-maafan, pelakon drama Mr. Grey tersebut membuka dompetnya lalu menghulurkan kad ATM bank kepada isteri sebagai ganti kepada sampul duit raya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pasangan itu dan ada juga yang baru mengetahui aktor itu sudah pun berkahwin.
Wow kad bank terus! Untunglah! Sesetengah orang sampul raya pun belum tentu dapat.
Wah! Dapat kad bank, nombor pin jangan lupa bagi tau.
Untunglah isteri. Ini duit raya paling tiptop!
Yang single dan yang baru tahu Fendy dah kahwin, dah boleh pilih planet lain ya.
Baru tahu yang Mr. Grey dah kahwin.
Sekadar info, pelakon berasal dari Perlis ini mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihanya yang dikenali sebagai Ayu pada 30 Ogos 2020 setelah berkawan selama tiga tahun.
@ayuafnizar Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin korang! ?@Fendy Bakry
Sumber: TikTok