berita

[VIDEO] Bukan Sekadar Hebat Berniaga, Tan Sri Vincent Tan Pun Handal Jual Beli Pantun Rupanya!

February 3rd, 2018 | by faris
Lensa Insta

Semalam, dua anak jutawan Malaysia, Faliq Nasimuddin (Naza Group) dan Chryseis Tan (Berjaya Group) selamat diijabkabulkan. Ramai yang terpesona dengan keindahan majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah resort di Bentong, Pahang itu.

Artikel berkaitan: [FOTO&VIDEO] Perkahwinan Paling ‘Mahal’ Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan Dihiasi Ribuan Ros

Bukan sekadar foto sekitar kemeriahan majlis tersebut, tersebar juga satu video bapa pengantin perempuan, Tan Sri Vincent Tan berpantun! Hebat juga Tan Sri berpantun!

Pantun tuan rumah, Tan Sri Vincent Tan

Dalam satu video dikongsi Hardy Arbi, pengasas empayar perniagaan berpengaruh itu membeli pantun yang dijual oleh pihak pengantin lelaki. Antara ungkapan pantunnya adalah berbunyi:

Buah kemang rasanya kelat,
Jangan disimpan di dalam peti;
Jika memang ada di hajat,
Jangan simpan di dalam hati.

Jati tuan, jati Melayu,
Jati kami didalam hati,
Janji tuan masa yang lalu,
Harap disampaikanlah kepada kami.

Sporting betul Tan Sri. Perbezaan dua budaya tidak menghalang kedua-dua belah mempelai untuk mewujudkan satu hubungan dan majlis yang harmoni dan cukup bermakna. Selain berpantun, pasangan pengantin juga berpakaian tradisi masyarakat Cina dalam majlis berkenaan. Satu Malaysia sangat!

Sumber: Hardy Rb

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×