Personaliti media sosial, Eyka dilaporkan hilang di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu ketika melakukan aktiviti paranormal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adakah Satu Trend Baru Nak Cerai Kena Rakam, Post & Buat Live Bagitahu Satu Dunia’ – Caprice
Artikel Berkaitan: Influencer Didakwa Mati Kebuluran, Makan Durian & Nangka Sejak 7 Tahun Lalu
Pendedahan Caprice
View this post on Instagram
Terbaharu, pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice menerusi Instagram miliknya, bagaimanapun tampil mendakwa kejadian tersebut dilakukan dengan sengaja dan hanya sekadar konten.
Dalam masa yang sama, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut mendedahkan tangkap layar mesej perbualannya bersama pihak agensi bagi beberapa orang pempengaruh yang terlibat di dalam kejadian itu.
Talent agency yang uruskan beberapa orang pempengaruh di dalam video itu sahkan ianya fake (palsu). Sudahlah tak dapat bayaran?
Betullah orang dahulu selalu berkata, bodoh adalah percuma tapi janganlah borong semua.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar tindakan mereka berikutan telah menyusahkan banyak pihak demi meraih perhatian.
Terdahulu, gadis berusia 22 tahun itu telah ditemui pada Rabu kira-kira jam 10 malam dan video penemuannya dikongsikan secara langsung di TikTok.
Sebelum ini, rakannya yang juga pempengaruh iaitu Ammar Nazhan memaklumkan tentang kehilangan Eyka pada jam 2 pagi Isnin lalu.
Sumber: IG Caprice