berita

Video Ceramah Keganasan Rumah Tangga Dikecam, Ria Ricis Pertahan Oki Setiana Dewi – ‘Video Itu Dipotong’

February 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana Dewi membuat permohonan maaf secara terbuka selepas satu video ceramah yang dimuat naik di laman TikTok tular.

Artikel Berkaitan: Suruh Isteri Diamkan Diri Walaupun Dipukul Suami, Netizen Tak Setuju Saranan Ustazah Oki Setiana Dewi

Artikel Berkaitan: Oki Setiana Dewi Minta Maaf, Akan Perbaiki Diri Jadi Lebih Baik – ‘Sudah Tentu Saya Sangat Menolak Kekerasan Dalam Rumah Tangga’

Video ceramah tersebut menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan agar isteri tidak membuka aib suami termasuklah jika dipukul suami.

Adik bela kakak

Terbaru, adik kepada Ustazah Oki Setiana Dewi iaitu Ria Ricis menerusi laporan Fimela tampil membela kakaknya dan menjelaskan video ceramah tersebut sengaja dipotong.

Ria Ricis pada masa yang sama turut meminta orang ramai untuk menonton keseluruhan video ceramah tersebut supaya tidak timbulnya salah faham.

Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat lebih terperinci video itu sebenarnya dipotong dan Ustazah Oki yang bercerita. Dia tidak membenarkan keganasan rumah tangga.

Pempengaruh ini yakin terdapat individu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik kakaknya dan video tersebut secara tidak langsung menimbulkan kontroversi dalam masyarakat.

Tidak mahu menilai orang

Bercerita lebih lanjut, Ria Ricis menjelaskan dia tidak mahu menilai orang lain dan perkara tersebut tidak baik jika dilakukan.

Bergelar pengantin baru, wanita muda ini menceritakan dia menjadikan kakaknya sebagai role model dan banyak belajar mengenai aspek rumah tangga.

Betul, kami juga banyak belajar tentang keluarga daripada Cik Oki. Perkahwinan dikatakan tidak selalunya indah, kami banyak belajar daripadanya, dia adalah contoh teladan.

Terdahulu, kredibiliti Oki selaku penceramah bebas dipersoalkan oleh netizen berikutan ceramah yang disampaikan olehnya.

Sumber: Fimela

SKIP THIS AD ×