Dramatis popular, Rozita Che Wan menjawab tuduhan segelintir netizen yang mendakwa dia pergi ke konsert A Night With Aina Abdul 3.0 baru-baru ini menggunakan tiket percuma.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Berhabis RM400k Untuk 5 Busana Mewah Di Konsert A Night With Aina Abdul 3.0, Paling Mega Gaun Biru Berasap!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aaisyah Kata Nak Tidur Pun Kena Cantik, Pakai Lipstic & Blusher’ – Che Ta
Tiket free?
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan menjelaskan dia membeli tiket ke konsert tersebut kerana benar-benar minat dengan penyanyi berusia 30 tahun itu.
Malah, Che Ta berkata dia tidak pernah menghadiri mana-mana konsert melibatkan artis luar negara, sebaliknya hanya menyokong konsert artis tempatan.
Amboi siapa yang mulut jahat kata saya pergi konsert Aina Abdul sebab dapat tiket percuma. Eh come on lah, saya sentiasa sokong artis tempatan.
Kalau kalian perasan saya tak pergi konsert artis antarbangsa. Saya sokong Anuar Zain, Ziana Zain, Aina Abdul dan artis lain yang saya minat.
Tapi pembetulan ya, saya tidaklah mengharapkan tiket free, tidak sama sekali.
Dalam perkongsian sama, Che Ta berkata usai sahaja konsert yang berlangsung pada 18 November lalu itu, dia kemudian bergegas ke Terengganu untuk penggambaran.
Saya ini sanggup lepas habis shooting 17 November terus balik KL, 6 jam duduk dalam kereta, kembang punggung.
Habis sahaja konsert pada 18 November malam tu, terus gerak ke Teregganu. Pagi 19 November itu terus shooting.
Sementara itu, penyanyi popular Ziana Zain turut dilihat meninggalkan komen mengatakan dia juga membeli tiket ke konsert Aina sebagai tanda sokongan kepada pelantun lagu Semalam itu.
Video
@rozitachewan1 Tak baik mengata kiter eeeeee .. tgk video ni sampai habih ! . #cheta #rcw #rozitachewan #fyp #cuitcuitcheta #byrcw #inaicheta ? original sound – ROZITA CHE WAN
Sumber: TikTok