berita

‘Sesak Nafas Teruk Sebab Gastrik, Rasa Nak Mati’ – Ziana Zain Dedah Punca Buat Pembedahan Bariatrik

September 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ziana Zain

Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan dia pernah mengalami sesak nafas yang teruk sehingga merasakan hampir meninggal dunia disebabkan sakit gastrik yang dialaminya.

Artikel Berkaitan: Ziana Zain Nafi Terima Gelaran Datuk – ‘Saya Tak Kejar Pangkat, Duit Lebih Penting’

Artikel Berkaitan: ‘Ma, Jangan Mati Dulu..’ – Ziana Zain Dedah 20 Tahun Penuh Derita, Anggap Rumah Bagai Neraka

Gastrik yang teruk

Ziana Zain

Ketika ditemui OhBulan!, Ziana berkata disebabkan sakit gastrik tersebut dia telah mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus.

Jelas Ziana, dia telah melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan.

Saya sebenarnya ada sakit gastrik dah lama, tapi tak pernah tahu, sampai saya jumpa doktor dan sahkan memang saya ada gastrik. Jadi saya hanya makan ubat.

Sampai 2018 saya kena gastik teruk sampai tak boleh nafas, rasa dah nak mati (meninggal dunia) ketika itu disebabkan gastrik. Abah saya kata mengucap je masa itu, kalau dah sampai masa untuk mati, sampailah.

Alhamdulillah nyawa saya panjang, kemudian saya kembali sihat. Saya cuba diet tapi saya lihat berat badan saya tak berubah macam itu sahaja.

Saya pernah juga buat pemeriksaan di IJN (Instituasi Jantung Negara) dan keputusan semua baik, tiada masalah.

Saya kemudian ambik keputusan untuk lakukan bariatrik disebabkan masalah gastrik saya ini. Saya lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan bariatrik.

Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis perkongsian mengenai pembedahan bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding & Pakar Usus serta Bariatrik oleh Doktor Mustafa Mohammed Taher yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang, pada Selasa.

Senang bernafas

Ziana Zain

Dalam masa sama, pelantun lagu Madah Berhelah itu berkata, keadaan kesihatanya bertambah baik selepas menjalani pembedahan.

Malah, Ziana berkata tiada lagi masalah kesukaran untuk bernafas dan sakit di bahagian lutut.

Saya amaze dengan bariatrik ini sebab bila berat badan saya naik, akan cepat juga turun. Kalau berat saya naik 1kg, saya akan bersenam atau berpuasa, nanti akan turun 1.5kg.

Yang penting kena biasakan dan sentiasa mencuba, ini semua tentang behaviour seseorang itu.

Selepas buat bariatrik, saya tiada lagi sakit lutut, saya senang bernafas dan saya suka nafas saya semakin panjang bila memyanyi. Dapat balik energy untuk buat persembahan.

Sebelum bedah berat saya 64kg dan sekarang lebih kurang 50kg. Sekarang saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat, jaga makan minum saya.

Saya pernah dengar orang kata bila buat bariatrik tidak boleh makan nasi, itu semua bagaimana cara orang itu educate diri dia. Untuk saya hanya hanya beberapa bulan sahaja. Sekarang hari-hari saya makan nasi, tapi elak benda yang agak manis.

SKIP THIS AD ×