Apa sahaja perkongsian yang melibatkan anak kepada usahawan berkontroversi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pasti mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Sayang Cik B Walaupun Tak Macam Anak Kawan Mama’ – Cik B

Artikel Berkaitan: Cik B ‘Kagum’ Bibik Sanggup Panjat Pagar Duri, Lari Rumah Ikut Kekasih – ‘Harap Lelaki Itu Hargai ..’

Ambil lesen

Terbaharu, tular sepotong video yang memperlihatkan Cik B sedang menjalani kelas memandu kereta untuk mendapatkan lesen kenderaan.

Menerusi video yang dirakam seorang pengguna di TikTok, Cik B dilihat mengenakan baju bewarna merah dan ditemani seorang guru memandu di sebelahnya.

Difahamkan, pemilik video tersebut merakam Cik B ketikq keretanya berhenti di lampu isyarat.

Malah, Cik B sempat menyapa individu tersebut dan memberikan ‘mini love’ kepada mereka.

Humble

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Cik B dengan mengatakan meskipun dia datang dari keluarga yang kaya namun masih mengambil lesen seperti orang awam.

Malah, ada juga yang menyifatkan gelagat Cik B ketika sedang belajar memandu sebagai comel.

Video

@cikb_havoc Cikb tengah belajar memandu? #joke #funny #car #driving #tiktokmalaysia #viral ? original sound – cikb_havoc66

Sumber: TikTok