Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida baru-baru ini menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya iaitu Kacak dan Cik B.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Ada Bodyguard, Sekarang Hanya Perlukan Seorang Kekasih’ – Cik B
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayang Duit Dalam Akaun Bank, Cik B Pernah ‘Spend’ Lebih RM1 Juta Sebulan?
Hotel di Makkah
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Cik B memuat naik video ‘room tour’ hotel tempat mereka menginap di Makkah.
Cik B menunjuk beberapa ruangan seperti ruang tamu, dapur, tempat mencuci pakaian dan bilik.
Paling menarik perhatian adalah bilik Cik B yang mempunyai tingkap yang menghadap Masjidil Haram.
Okay guys, hari ini kita review bilik kita di Makkah.
Cantik tak hotel Cik B di Makkah? Alhamdulillah, terima kasih mama.
Cik B kemudian bertanya kepada ibunya tentang kos penginapan untuk hotel tersebut sebelum Vida mendedahkannya.
Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000.
Menjengah ke ruangan komen, video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata mengagumi kemewahan yang dimiliki keluarga Vida.
Aku kalau ada duit lebih macam ni, aku pun akan buat benda yang sama. Healing beribadah di Tanah Suci.
Sebab ni la nak kerja rajin-rajin untuk jadi kaya, nak beribadah dengan selesa. Tahap keselesaan kita mungkin tak sama tapi kita usaha insya-Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kita, amin.
Rezeki mereka kaya-raya, dapat pergi Makkah tanpa fikir tentang bajet.
@cikb_bossb Cantik tak hotel Cik B di Mekah? Alhamdulillah terima kasih Mama ?? #tiktokmalaysia #tiktokmekah #mekah #umrah #hotel #masjidharam #masjidilharam #masjidilharammekkah?? #onthisday #xyzbca #fyp??viral #fyp #fyp? #alhamdulillah
Sumber: TikTok Cik B