Penyampai radio, Feeya Iskandar mencuri perhatian ramai apabila salah memakaikan baju untuk anak-anaknya ketika hendak pergi ke sekolah, hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akui Kesilapan Saya Tetapi Bukan Sengaja Nak Tinggalkan Anak’ – Cik Piah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raut Wajah Adam Malique Kena Tinggal Dekat Tandas Buat Netizen Berdekah Gelak – ‘Cik Piah Ingat Dia Dah Keluar’
Malam tidur awal
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah berkata, dia tidak membaca Whatsapp yang dihantar oleh guru anaknya berkaitan pakaian yang perlu dipakai hari ini. Ujar Cik Piah, dia tidur awal semalam dan baru menyedari mengenai maklumat tersebut ketika dalam perjalanan menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Jelas Cik Piah lagi, anak-anaknya perlu memakai pakaian seragam sekolah pada 22 Januari depan. Di samping itu, Cik Piah turut mengaku bahawa anak sulungnya, Adam Malique pernah memberitahu mengenai perkara tersebut namun, tidak diendahkan oleh dirinya.
Malam tadi dah tido awal, Whatsapp pula baru bukak bila dah dalam perjalanan nak hantar dia orang tadika. Mummy kau memang loading. Lipstick pun comot mana tak terkejor nak siapkan diri sendiri siapakan anak. Abang nak bawa bekal. Sabar je lah.
Video
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terhibur melihat gelagat Cik Piah dan anak-anaknya.
Sumber: Feeya Iskandar