berita

[VIDEO] ‘Cindai’ Versi Liza Hanim Buat Peminat Tak Boleh ‘Move On’, Sedap!

October 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Liza Hanim mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu ‘Cindai’ di Festival Budaya Putrajaya 2023, semalam.

Artikel Berkaitan: ‘Kesal Dengan Netizen Yang Konon Pandai Tapi Terserlah Kebodohan’ – Siti Nurhaliza ‘Back Up’ Liza Hanim

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Dikutuk Muka Berlubang & Hidung Kembang – ‘Tergamak Komen Begini, Tak Bertimbang Rasa’

Cindai

@lhunique_lizahanimfc

Replying to @Dzulkhairy CINDAI??? ewahhh #Cindai #LizaHanim #fyp #allstarsgegarvaganza #gvallstars #sitinurhaliza

? original sound – lhunique_lizahanim – lhunique_lizahanim

Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 44, tampil jelita memakai busana serba hitam ketika menjayakan festival tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok kelab peminat, Liza Hanim dilihat menyanyi beberapa buah lagu di festival berkenaan. Antara yang menjadi tumpuan netizen ialah lagu ‘Cindai’ nyanyian asal penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut netizen, Liza membawa lagu tersebut dengan caranya tersendiri. Ujar netizen, suara Liza Hanim tidak kedengaran seperti Siti bahkan dia membuatkan lagu tersebut seperti lagunya sendiri.

Di samping itu, netizen berkata pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ ini sesuai membawa semua jenis genre lagu. Ini kerana, dia memiliki kelunakan suara dan teknik vokal yang mantap.

Menjengah di ruangan komen, peminat berharap Liza Hanim akan membawa lagu Irama Malaysia lebih banyak selepas ini.

Sumber: LH Unique

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×